Maaf gagal raih emas, cuba bangkit dalam berpasukan

Maaf gagal raih emas, cuba bangkit dalam berpasukan

Ahmad Jais Baharun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sudah berde­kad lama skuad sepaktak­raw negara sering kecundang kepada Thailand, dan terbaharu dalam final regu Kejohanan ­Dunia Piala Raja Thai di Bangkok kelmarin.

Kekalahan itu juga mendorong ketua jurulatih skuad kebangsaan, Ahmad Jais Baharun memohon maaf kepada peminat di tanah air.

“Kami mohon maaf kepada seluruh peminat, penggiat sepak takraw di tanah air atas kegagalan regu kita semalam (kelmarin),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Malaysia yang menurunkan Muhammad Syahir Mohd. Rosdi, Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Amirul Zazwan Amir kecundang lagi kepada Thailand 20-22, 17-21 untuk membawa pulang pingat perak dalam acara antara regu.

Menurut Ahmad Jais, secara keseluruhan beliau melihat prestasi pemain negara pada saingan kali ini ada menunjukkan sedikit peningkatan walaupun persiapan skuad kebangsaan agak singkat.

Jelasnya, beberapa elemen dalam permainan perlu diperbaiki dan tingkatkan bagi memperkemaskan lagi pasukan untuk menghadapi Sukan Asia nanti.

“Kita sedar tanggungjawab yang diletakkan kepada pasukan sepak takraw memang besar.

“Namun, semua pemain telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan semalam, cuma dari segi prestasi Syahir kalau kita lihat

semalam, memang ada sedikit kelemahan daripada servis dan kawalan ge­langgang,” ujarnya.

Justeru, beliau berjanji akan melipat gandakan usaha untuk meningkatkan lagi prestasi pemain apabila turun dalam acara berpasukan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya