Loftus-Cheek sebak tinggalkan Chelsea

Loftus-Cheek sebak tinggalkan Chelsea

RUBEN Loftus-Cheek melengkapkan perpindahan ke Itali dengan menandatangani kontrak bersama AC Milan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ruben Loftus-Cheek mengucapkan selamat tinggal dengan penuh emosi kepada Chelsea selepas melengkapkan perpindahan ke AC Milan.

Bintang tengah England itu menjadi pemain terbaharu ­meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini dan ­menyertai Rossoneri ­dengan yuran 15 juta pound (RM88 juta).

Loftus-Cheek, 27, akhirnya meninggalkan Blues selepas membuat 155 penampilan, ­memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga ­Europa.

Dia akan bergabung dengan rakannya dari akademi Chelsea, Fikayo Tomori di Milan.

“Saya tidak tahu patut bermula dari mana. Saya berada di Chelsea sejak berumur lapan tahun, naik pangkat dan bermain untuk skuad senior adalah pe­rasaan paling istimewa.

“Saya benar-benar berubah daripada seorang budak kepada lelaki dewasa di kelab ini sejak 19 tahun lalu.

“Sukar untuk ucapkan selamat tinggal kepada ramai orang yang telah membantu, membimbing dan membentuk saya sebagai pemain seperti hari ini.

“Saya ingin ucap terima kasih kepada semua yang berkaitan dengan Chelsea dan mereka yang membantu saya sepanjang kerjaya ini.

“Kepada jurulatih, kakita­ngan dan rakan sepasukan yang telah bersama di tempat latihan sejak 19 tahun lalu, terima kasih.

“Kepada peminat, anda telah menyokong saya sejak hari pertama lagi, tiada kata-kata yang cukup untuk memberitahu anda betapa bermakna dukungan itu.

“Sudah tiba masanya saya memulakan pengembaraan baharu dalam bola sepak, tinggal di negara dan budaya baharu. Harap kita akan bertemu lagi pada masa hadapan,” kata­nya.

Loftus-Cheek yang mempunyai 10 cap bersama skuad kebangsaan England menyertai ­Milan dengan kontrak empat tahun yang akan mengikatkan di Itali sehingga 2024. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN