Kelantan FC hantar S.O.S kepada Vincent Tan?

Kelantan FC hantar S.O.S kepada Vincent Tan?

VINCENT TAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Norizam Tukiman yang kini berhempas pulas untuk menyelamatkan Kelantan FC dikatakan telah meng­hubungi prospek pelabur, termasuk hartawan tanah air, Tan Sri Vincent Tan.

Menurut sumber kelab, pemilik The Red Warriors (TRW) itu te­lah berhubung de­ngan pengasas Berjaya Corp Berhad (BCorp) tersebut untuk menawarkan 40 hingga 50 peratus pega­ngan saham, dan berminat dengan idea penubuhan konsortium.

Begitupun beliau tidak pasti apakah Vincent, 71, yang merupakan pemilik kelab Wales, Cardiff City dan FK Sarajevo (Sarajevo) berminat dengan tawaran Norizam.

Difahamkan satu pertemuan bersama pemilik baharu dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan diadakan hari ini bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai status Kelantan FC, terutama nilai hutang pasukan itu.

Ketika ini, Norizam meme­gang 95 peratus pegangan TRW, manakala lima peratus lagi milik syarikat pakaian kasual lelaki dan wanita dalam talian, ­Skygear bernilai RM3 juta.

Menurut sumber itu, Kelantan FC juga akan menyelesaikan isu tunggakan gaji serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pasukan yang menyebabkan mereka dikenakan sekatan perpindahan pemain dalam pertemuan hari ini.

Isu kewangan telah menjejaskan prestasi pasukan dalam Liga Super.

Selepas 14 perlawanan, TRW menghuni tangga tercorot ­de­ngan sekadar mengutip satu kemenangan dan satu seri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN