Kelantan FC dapat ‘nyawa’

Kelantan FC dapat ‘nyawa’

NORIZAM Tukiman bersediakan melepaskan Kelantan FC asalkan pembeli baharu itu menunjukkan proof of fund bagi menjamin masa depan kelab itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelantan FC boleh menarik nafas lega selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menarik balik perintah larangan pendaftaran pemain tempatan dan import yang baharu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M).

Pengesahan penarikan balik larangan itu dikeluarkan FAM menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Noor Azman Rahman sebelum di kongsi oleh pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman di lama Facebooknya.

Perkhabaran itu boleh diibaratkan sebagai peluang keemasan buat pasukan Kelantan kerana mereka ketika perlu mendaftarkan pemain baharu termasuk pemain import selepas beberapa pemain mengambil keputusan meninggalkan pasukan itu.

“Adalah dimaklumkan bahawa FAM telah menerima pengesahan pembayaran penuh oleh Kelab Bolasepak Kelantan. Kes-kes tersebut telah diselesaikan setelah pembayaran penuh diterima sepenuhnya oleh pengadu, Tengku Hazman Raja Hassan.

“Oleh yang demikian, perintah larangan pendaftaran pemain tempatan dan antarabangsa terhadap Kelab Bola Sepak Kelantan adalah ditarik balik dengan serta merta oleh FAM,” kata FAM dalam surat berkenaan.

Sebelum ini, badan bebas, First Instance Body (FIB) mengenakan hukuman sekatan perpindahan pemain terhadap Kelantan FC pada jendela kedua yang mula dibuka kelmarin.

Hukuman itu dijatuhkan susulan kegagalan Kelantan FC menghantar bukti bayaran caruman KWSP serta tunggakan gaji pemain dan pegawai pada April dan Mei lalu sebelum tarikh akhir yang ditetapkan untuk pasukan itu pada 28 Jun dan 30 Jun 2023.

Menurut Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, Jawatankuasa FIB memandang serius isu berkenaan dan tindakan terpaksa diambil selepas Kelantan FC gagal melunaskan tunggakan dalam tempoh ditetapkan.

Sementara itu, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham mengucapkan terima kasih kepada FAM kerana telah menarik balik larangan tersebut, sekali gus membolehkan The Red Warriors (TRW) membuat pendaftaran pemain baharu.

“Lebih ramai yang mahu melihat TRW berjaya daripada gagal. Saya tidak perlukan pujian, kaki jilat. Cuma, jangan menghasut sehingga fitnah. Yang doakan kebaikan, saya doakan semula kejayaan pada anda semua.

“Jangan bimbang, lambat atau cepat saya selesaikan. TRW tercorot?. Insyaallah TRW akan semakin maju,” katanya di laman Facebook.

Ketika ini, khabar angin juga bertiup kencang bahawa Kelantan FC akan dijual selain Zamsaham turut mengakui menerima dua tawaran daripada anak jati Kelantan iaitu usahawan, Datuk Seri Hasmiza Othman (Datuk Vida) dan pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan Akif Ruslan.

Selain itu, kemelut kewa­ngan yang melanda Kelantan FC ketika ini juga mungkin berakhir sebelum Liga M musim 2023 tamat jika idea penubuhan konsortium yang turut melibatkan hartawan Tan Sri Vincent Tan menjadi kenyataan.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya