Kejohanan Golf Amatur Melaka: Dua pemain Sukma muncul

Kejohanan Golf Amatur Melaka: Dua pemain Sukma muncul pendahulu

WAN HASNUL DANIEL Wan Omar cuba melakukan Putt di lubang kedua lapangan Woodland pada Kejohanan Golf Amatur Melaka Ke-53 di Kelab Golf Tiara & Country, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua pemain Sukan Malaysia (Sukma) berkongsi kedudukan sebagai pendahulu pada hari pertama Kejohanan Golf Amatur Melaka Ke-53 di Kelab Golf Tiara & Country di sini, semalam.

Syed Nor Ismail, 18, dari Johor dan pemain kelahiran Melaka, Wan Hasnul Daniel Wan Omar, 18, masing-masing dengan Handikap 2 mencatat Par 72 pukulan mengatasi 33 pemain dalam kejohanan selama tiga hari itu.

Seorang lagi pemain remaja, Hayden Hah Sieh Yang, 18, dari Johor dengan Handikap 1 pula sekadar berada di tempat ketiga dengan catatan 73 pukulan.

Wan Hasnul Daniel berkata, dia akan bermain dengan baik pada hari kedua dan cuba mengelak melakukan kesilapan apabila melakukan dua Bogey dan satu Bogey berganda pada aksi pertamanya, semalam.

“Saya bermain baik di sembilan lubang pertama lapangan Meadow apabila melakar empat Birdie di lubang ketiga, lima, tujuh dan sembilan tetapi buat kesilapan di lapangan Woodland,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, seorang pemain remaja, Raja Nor Aiman Sufi, 18, melakukan pukulan Hole-in-one di lubang empat Par 3 lapangan Meadow.

Dalam pada itu, bagi kategori wanita pula, Pang Hee Jie dengan Handikap 1 mencatat tiga bawah Par 69 pukulan untuk muncul pendahulu hari pertama.

Mengekori rapat ialah Yan Yinuo Handikap 1 selesa berada di tempat kedua apabila melakar catatan Par 72 pukulan, berkongsi kedudukan bersama Charlayne Chong Handikap 1

Seramai 47 pemain membabitkan 33 lelaki dan 14 wanita bertanding dalam kejohanan anjuran Persatuan Golf Malaysia (MGA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya