Kalahkan lawan 'KO', Aliff kaut bonus RM46,500 di Thailand

Kalahkan lawan ‘KO’, Aliff kaut bonus RM46,500 di Thailand

ATLET muaythai remaja negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib (kiri) meraikan kejayaan menumpaskan peserta Thailand, Ratchadej Sor Petjumrat menerusi keputusan KO dalam pertarungan Catchweight pada ONE Championship Thailand di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok kelmarin. – IHSAN AHMAD NOR IMAN ALIFF [
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh muaythai remaja negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib melakar sensasi di Bangkok apabila mencatat kemenangan knockout (KO) dalam ONE Championship Thailand yang membolehkannya meraih bonus 350,000 baht (RM46,500).

Aliff, 19, menumbangkan peserta tuan rumah, Ratchadej Sor Petjumrat dalam kategori Catchweight (53 kilogram) dengan ha­nya beraksi kurang seminit di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok kelmarin.

Lebih membanggakan, ini kemenangan keduanya dalam ONE Championship Thailand dan kali kedua dia meraih bonus 350,000 baht kerana mencatat KO selepas pertarungan April lalu.

Bagaimanapun kata Aliff, dia menghadapi kesukaran menambah air dalam badan seperti ditetapkan penganjur, malah kebimbangannya berlarutan sehingga beberapa jam sebelum beraksi kerana ‘harga badan’nya berpotensi dipotong 20 peratus.

“Aksi kali ini saya kena cut weight (kurangkan berat badan) 6kg dalam beberapa hari. Saya sebenarnya tak tahu cara yang betul dan efektif untuk potong berat. Sebelum bertanding, ONE Championship akan buat ujian kesihatan badan, sekali dengan ujian air dalam badan.

“Berat saya lepas, tapi air dalam badan pula kurang. Jadi saya kena minum air banyak, tetapi berat pula akan naik. Jadi kena cut weight balik, semua sekali saya buat tiga kali ujian air dalam badan, baru lepas untuk bertanding.

“Kalau saya tak lepas ujian air dalam badan ‘harga badan’ kena potong 20 peratus dan kalau menang KO sekali pun, saya takkan dapat bonus.

“Masa itu, saya hanya berserah kepada Allah dan tinggal 15 minit sebelum bertan­ding, alhamdulillah saya lepas ujian,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Kata Aliff, yang merupakan pemenang pingat emas pada Sukan SEA Kemboja, Mei lalu, pengalaman itu menambah pengetahuannya mengenai kuantiti air dalam badan sekali gus dia juga belajar cara pemakanan betul daripada jurulatihnya, John Paul Gallacher.

Selain Aliff, tiga lagi peserta berjaya membawa pulang 350,000 baht selepas memenangi kategori masing-masing menerusi keputusan KO, bermakna 1.4 juta baht (RM186,000) bayaran bonus dikeluarkan oleh penganjur dalam masa sehari. 

Sementara itu, Presiden Persatuan Muaythai Malaysia, Datuk Shahnaz Azmi memberitahu, pihaknya akan menghantar ramai lagi atlet kebangsaan untuk menyertai ONE sebagai pendedahan dan mendapatkan pengalaman berlawan.

“Ada beberapa atlet lain akan sertai ONE, antaranya Johan Ghazali, malah kita juga akan dedahkan kepada Rifdean (Masdor) dan Amisha (Azrilrizal),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya