Juventus lelong Pogba RM51 juta

Juventus lelong Pogba RM51 juta

PAUL POGBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Juventus sanggup menjual Paul Pogba dengan harga serendah 8.5 juta pound (RM51 juta) selepas bintang Perancis itu hampir tidak beraksi sejak kembali ke kelab Itali tersebut secara percuma dari Manchester United, musim panas lalu.

Juventus amat terdesak untuk melepaskan pemain tengah berusia 30 tahun itu yang dibayar gaji mahal hingga sanggup menerima potongan harga.

Pemain Perancis itu dikatakan menerima gaji 350,000 euro (RM1.79 juta) seminggu biarpun hampir tidak bermain akibat kecederaan.

Tujuh tahun lalu, semasa menyertai United de­ngan harga 94.5 juta pound (RM569 juta) pada 2016, Pogba disebut-sebut sebagai salah seorang pemain tengah terbaik Eropah.

Walaupun telah membuat 233 penampilan bersama Red Devils dengan 39 gol dan 51 bantuan jaringan, sikapnya agak menjengkelkan dan tidak digemari pemain serta pengurus.

Pengaruhnya dalam bilik persalinan digambarkan sebagai merugikan, malah bekas pengurus United, Jose Mourinho sendiri pernah menggelar Pogba sebagai ‘virus’.

“Anda seperti orang yang selesema dengan virus di dalam bilik tertutup, anda menyebarkan virus itu kepada orang lain.

“Anda tidak bermain, anda tidak menghormati pemain dan penyokong dan anda membunuh mentaliti orang baik serta jujur di sekeli­ling anda,” katanya.

Menurut La Gazzetta dello Sport, Juventus rela menjual Pogba pada harga murah daripada terus menanggung rugi.
Setakat ini, belum ada pasukan menyatakan minat untuk mendapatkan pemain itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN