Jaringan Ayron selamatkan maruah Red Giants di Stadium MBPJ

Jaringan tunggal Ayron selamatkan maruah Red Giants di Stadium MBPJ

Pemain-pemain Selangor, meraikan jaringan pada perlawanan Liga Super 2023 antara Selangor menentang Sabah, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe boleh menarik nafas lega seketika setelah anak buahnya mencatatkan kemenangan tipis, 1-0 ke atas Sabah dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi.

Beraksi di laman sendiri menyaksikan Selangor mendominasi perlawanan sejak wisel dibunyikan.

Hasilnya Ayron de Valle berjaya melepaskan satu rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Sabah, Damien Chien pada minit ke 23.

Selepas itu Selangor telah dihidangkan deretan peluang namun usaha mereka untuk menggandakan jaringan tidak berhasil.

Aksi para pemain Selangor menentang pasukan Sabah, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, untuk aksi Liga Super 2023 di sini Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

Bersambung aksi di babak kedua, Selangor semakin rancak mengasak kubu Sabah dengan mereka hampir lagi meraih gol kedua perlawanan menerusi Safwan Baharuddin, namun tandukannya pada minit ke 71 diselamatkan Damien.

Safwan sekali lagi kecewa apabila tandukannya hasil sepakan percuma yang diambil oleh Faisal Halim hanya menggegar gawang Sabah tatkala Damien kaku tidak melakukan sebarang pergerakan.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus meletakkan Selangor di tangga kedua liga dengan mengumpul keseluruhan 40 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN