Jangan benarkan JDT berpesta gol di Kota Bharu

Jangan benarkan JDT berpesta gol di Kota Bharu

KELANTAN FC dibelasah 5-1 oleh JDT ketika kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Super pada 11 Mac lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: ‘Pemain ke-12’ The Red Warriors (TRW) berdoa pasukan mereka tidak menjadi ‘lauk paling sedap’ apabila ­melayan kunjungan pendahulu Liga Super, ­Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam ini.

Dengan rekod 10 kekalahan berturut-turut yang dicatat Kelantan FC dalam saingan liga, semuanya tampak amat ‘menakutkan’ buat mereka menjelang pertemuan itu.

Pada ketika Negeri Sembilan masih me­megang rekod kekalahan terburuk liga dengan tum­pas 0-7 kepada JDT pada 6 Mac lalu, Kelantan FC bimbang rekod berpotensi bertukar milik.

Presiden Kelab Penyokong ­Siber Bola Sepak Kelantan Darulnaim (Kelate.Net) Mohd. Nurul Yusoh berkata, kebimbangan itu ada asasnya melihat Harimau Selatan sudah meledak 62 gol dalam 16 perlawanan.

Sedangkan TRW dibolosi 56 gol dalam 15 perlawanan.

PEMAIN Kelantan FC akan berdepan cabaran getir JDT malam ini. 

“Selain menang semua perlawanan setakat ini, skuad ‘himpunan bintang’ itu hanya bolos tiga kali. Ia memperlihatkan betapa ampuh benteng mereka.

“Saya harap, Kelantan FC tidak kalah teruk. Saya bimbang, kekalahan besar boleh memberi impak tidak baik buat pasukan yang rata-rata dibarisi pemain muda,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Nurul berharap, ­barisan pemain yang diturun­kan dapat memberi tentangan terbaik untuk menyekat lawan daripada berpesta gol.

Katanya, jika mereka dapat mengelak kekalahan besar, itu boleh disifatkan sebagai satu ‘kemenangan’ moral buat pasukan.

“Begitulah sebaliknya jika berjaya menjaringkan gol pada perlawanan itu nanti.

“Saya harap barisan pemain Kelantan FC dapat beraksi tanpa sebarang tekanan sebaliknya bermain secara ‘gembira’,” ujar­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN