Jang tak rela dihambat ‘dosa’ silam

Jang tak rela dihambat ‘dosa’ silam

NEGERI Sembilan diratah 0-7 oleh JDT dalam aksi Liga Super di Paroi pada 6 Mac lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pada 6 Mac lalu, Negeri Sembilan FC mengalami kekalahan terburuk mereka dalam Liga Super apabila di­belasah 0-7 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT), dan lebih malang skuad Jang ‘diratah’ di depan penyokong sendiri.

Selepas empat bulan berlalu, Negeri Sembilan akan berdepan Harimau Selatan sekali lagi, le­bih menakutkan pertemuan kali ini berlangsung di gelanggang ‘keramat’ JDT, Stadium Sultan Ibrahim.

Begitupun pengendali Negeri Sembilan, K. Devan percaya, ­insiden empat bulan lalu tidak lagi menghantui pemainnya malam ini, dan beliau berjanji mereka akan tampil dengan permainan berbeza untuk tidak lagi menjadi ‘lauk’ JDT.

“Kami sudah lupakan perlawanan itu, sekarang pertemuan baharu. Ketika itu musim baru bermula dan kami tidak me­ngetahui kekuatan sebenar JDT, persiapan kami pada waktu itu juga tidak berapa baik termasuk berkenaan pemain import.

“Kali ini perlawanan berbeza berbanding pusingan pertama dahulu, sekarang kami sudah ketahui kekuatan sebenar pasukan JDT malah kami keadaan pasukan juga adalah lebih baik ketika ini.

“Ini perlawanan yang baharu dan keputuan perlawanan awal musim dahulu tidak berikan kesan kepada kami, kini kami lebih bersedia daripada segi mental dan fizikal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

 

Sementara itu, ditanya persiapan skuad Jang bagi menghadapi pendahulu liga itu, Devan mengakui berdepan beberapa masalah kecederaan dalam kalangan pemain utamanya.

“Ramai pemain yang menghadapi kecederaan termasuk Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak, Shahrel Fikri Md Fauzi, Sean Selvaraj, Hafiz Ramdan dan Tommy Mawat Bada.

“Dua orang pemain import kami juga iaitu Levy Madinda dan Muhammad Safuwan Baharuddin juga tidak dapat diturunkan.

“Bagaimanapun persiapan kami tetap berjalan dengan baik dan ada pemain yang boleh ambil tempat pemain-pemain yang cedera,” tambahnya.

Selepas mengharungi 15 per­lawanan Liga Super, Negeri Sembilan mengutip 19 mata hasil empat kemenangan dan tujuh keputusan seri manakala JDT kukuh di tempat teratas dengan 45 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN