Henderson ucap selamat tinggal dengan penuh emosi

Henderson ucap selamat tinggal dengan penuh emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas 12 tahun bersama Liverpool, Jordan Henderson akhirnya mengucapkan selamat tinggal dengan penuh emosi menjelang perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq.

Pemain tengah berusia 33 tahun itu telah memenangi semua kejuaraan utama bersama Reds, dan akan bergabung semula dengan bekas rakan sepasukannya, Steven Gerrard, yang kini menjadi pengurus kelab itu di Liga Pro Saudi.

“Sukar untuk menyatakan tempoh 12 tahun terakhir ini dengan kata-kata dan lebih sukar untuk mengucapkan selamat tinggal.

“Saya akan sentiasa menjadi Red. Sehingga hari mati. Terima kasih untuk segalanya. Anda tidak akan berjalan sendirian,” kata kapten Liverpool itu menerusi video di media sosial.

Menurut pemain antarabangsa England itu, dia berada dalam bilik persalinan Liverpool buat kali terakhir dan situasinya penuh dengan emosi.

“Tempoh 12 tahun ini sangat bermakna buat saya dan keluarga. Menjadi kapten Kelab Bola Sepak Liverpool penghormatan terbesar dalam hidup saya.

“Sejak hari lilitan itu diserahkan kepada saya, saya melakukan segala yang termampu untuk berkelakuan seperti kapten Liverpool.

“Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya menjadi sebahagian daripada kelab anda, terima kasih atas sokongan anda semasa senang mahupun susah,” katanya.

Henderson mengetuai Reds merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama mereka selepas 30 tahun pada 2020, setahun selepas menjulang Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN