Filipina mahu pahat sejarah besar Piala Dunia

Filipina mahu pahat sejarah besar Piala Dunia

PEMAIN Filipina menjalani latihan akhir di Auckland, New Zealand semalam menjelang pertemuan menentang Norway hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUCKLAND: Kata kunci ‘skuad bola sepak wanita Filipina’ trending di media sosial, malah berada di tangga teratas dalam enjin pencarian paling popular, Rabu lalu selepas mereka melakar sejarah memenangi perlawanan Piala Dunia Wanita pertama.

Lima hari selepas mengejutkan New Zealand 1-0 di depan ribuan penyokong mereka di Stadium Wellington, kini skuad bimbingan Alen Stajcic bersedia memahat sejarah lebih hebat layak ke peringkat kalah mati dalam penampilan pertama.

Cabaran menanti tidak mudah kerana mereka akan berdepan juara 1995, Norway yang juga pasukan
No. 12 dunia.

Filipina pula hadir selaku pasukan yang berada di ranking ke-46 dunia.

Begitupun kejayaan mengejutkan New Zealand hasil jaringan Sarina Bolden membuktikan apa sahaja  oleh berlaku, apatah lagi Norway sebelum ini tewas 1-0 kepada New Zealand dalam aksi pembukaan.

Stajcic bagaimanapun mengingatkan pemain agar tidak terbawa-bawa dengan kemenangan ke atas New Zealand kerana mereka kekal sebagai underdog di Eden Park hari ini.

“Norway kini ibarat ‘haiwan luka’. Mereka juga pernah muncul juara dunia dan mereka menang bukan tanpa sebab,” kata jurulatih kelahiran Australia itu.

Filipina mesti menumpaskan Norway untuk menamatkan kempen dalam kelompok dua terbaik Kumpulan A selepas membuka kempen dengan langkah kiri apabila kalah 0-2 kepada Switzerland.

Norway pula kalah 0-1 kepada New Zealand dan diikat 0-0 oleh Switzerland dalam dua perlawanan pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN