FAM kena berani lapor kepada AFC

FAM kena berani lapor kepada AFC

PENYOKONG JDT menyalakan suar sebaik sahaja tamat perlawanan menentang Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super, Sabtu lalu. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mana-mana pa­sukan yang berterusan melanggar undang-undang, termasuk membakar suar di dalam stadium berisiko kehilangan hak beraksi di laman sendiri pada kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) jika.

Tindakan menyalakan suar melanggar obligasi pe­nganjuran perlawanan dan bertentangan dengan Artikel 70.1 Kod Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.

Sekiranya pelanggaran berlaku berulang kali, FAM selaku badan induk bola sepak negara perlu berani membuat laporan kepada AFC agar tindakan tegas diambil, kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd. Sadek Mustaffa.

“Semua ini berdasarkan kepatuhan kepada undang-undang. Setiap pasukan yang bertanding tertakluk kepada peraturan FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), jadi tanggungjawab pasukan untuk jaga penonton masing-masing.

“Setiap hukuman ada klausa berapa jumlah denda hukuman pertama dan seterusnya, namun jika hukuman itu tidak berkesan, tindakan drastik perlu diambil dengan melaporkan kepada kepada AFC, jawatankuasa di FAM kena berani.

“Jika FAM tidak boleh ka­wal mana-mana pa­sukan yang degil, biar AFC tentukan nasib pasukan degil kerana mereka juga tertakluk kepada AFC dan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Tindakan drastik lain juga boleh diambil FAM seperti me­nurunkan pasukan itu ke liga bawahan sebagai pengajaran, namun saya tidak yakin dan tidak fikir mereka (FAM) akan sampai tahap itu,” katanya ­kepada Utusan Malaysia.

Pada Sabtu lalu, penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sengaja mencabar undang-undang liga tempatan apabila membakar suar sebaik sahaja tamat aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim.

Perbuatan itu dilakukan ­hanya dua hari selepas Harimau Selatan didenda RM120,000 oleh FAM atas kesa­lahan sama.

Hukuman tersebut dilihat tidak menggerunkan mereka, sebaliknya lebih galak mengulangi perbuatan sama.

JDT satu-satunya kelab Malaysia yang akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia, kejohanan anjuran AFC.

Saingan kelab elit Asia itu akan membuka tirai secara rasmi pada 18 September ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN