Erfan bukan pemilik lombong emas, sedia tunjuk proof of fund

Erfan bukan pemilik lombong emas, sedia tunjuk proof of fund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: “Saya tidak memiliki lombong emas tetapi saya ada dana untuk membeli Kelantan FC.”

Itu kenyataan Erfan Akif Ruslan yang bersedia ­bertemu pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai pembe­lian pasukan itu.

“Satu lagi saya ingin jelaskan…berlaku kekeliruan berkaitan pemilikan lombong emas.

“Saya bukan pemilik lombong emas, namun mengusahakan perniagaan kedai emas bersama keluarga.

“Saya telah betulkan perkara ini, namun masih ramai yang salah anggap,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Erfan yang juga pemilik Erfan Gym & Fitness berkata, beliau akan membawa semua dokumen proof of fund (bukti dana) yang diminta oleh Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham dalam pertemuan mereka.

ERFAN adalah pemilik Erfan Gym & Fitness.

Katanya, apakah beliau benar-benar layak untuk memiliki Kelantan FC, biarlah perkara itu diputuskan sendiri oleh Norizam selepas pertemuan tersebut.

“Mengenai kemampuan kewangan yang diminta Zamsaham, saya bersedia, namun perkara tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum.
“Semua itu akan terjawab sebaik sahaja proses rundingan selesai. Doakan yang baik-baik untuk usaha ini,” katanya.

Zamsaham sebelum ini mendedahkan, Erfan menawarkan RM10 juta untuk membeli Kelantan FC yang kini berdepan isu kewangan.

Katanya, beliau bersedia melepaskan kelab itu jika Erfan berjaya menunjukkan proof of fund dan membuktikan dia benar-benar serius.

“Beliau (Erfan) hanya beri bukti kewangan jika benar-benar serius. Saya teruja untuk berjumpa saudara Erfan dan Datuk Seri Vida (Hashima Othman dalam masa terdekat).

“Insya-Allah, hari ini (semalam) saya ke Pulau Pinang untuk lihat perlawanan musim kedua,” kata Norizam di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN