Chelsea beritahu Aubameyang agar tidak kembali ke London

Chelsea beritahu Aubameyang agar tidak kembali ke London

PIERRE-Emerick Aubameyang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino sudahpun memulakan misi ‘membuang’ pemain apabila memberitahu Pierre-Emerick Aubameyang agar kembali ke latihan pramusim sehingga minggu depan dengan berharap dapat menjualnya sebelum liga bermula.

Kelab London tersebut sedang melakukan penjualan pemain secara besar-besaran bagi mengutip 200 juta pound (RM1.2 bilion) ekoran Pochettino mahu mengecilkan skuad.

Mereka sudahpun melepaskan beberapa tonggak, termasuk penjaga gol, Edouard Mendy dan Kalidou Koulibaly yang kedua-duanya telah berhijrah ke Arab Saudi.

Blues juga sedang berunding dengan Inter Milan me­ngenai bayaran Romelu ­Lukaku yang dipinjamkan kepada kelab ­Serie A itu musim lalu.

ROMELU LUKAKU

Lukaku sudah meminta untuk kekal bersama Inter, namun Chelsea menolak tawaran awal kelab Itali tersebut yang dianggap terlalu rendah, 23 juta pound (RM138.47).

Begitupun mereka masih berharap rundingan mencapai sepakat agar Lukaku tidak perlu kembali ke London, malah sudah memberitahu penyerang Belgium itu supaya tidak melapor diri ke kem latihan buat masa ini.

Sama seperti Lukaku, ­Aubameyang, 34, juga sepatutnya kembali ke kem latihan Chelsea di Cobham minggu ini.

Begitupun ­Pochettino sudah memberitahu penyerang Gabon itu dia tiada dalam peranca­ngannya musim depan.

Aubameyang tidak menelan kos setinggi Lukaku, namun prestasinya tidak menggembirakan Blues.

Sementara itu, masa depan Hakim Ziyech pula masih ­tergantung selepas perpindahannya ke Al-Nassr di Arab Saudi gagal akibat kece­deraan lutut.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN