Al Hilal berbelanja lagi, sambar Milinkovic-Savic

Al Hilal berbelanja lagi, sambar Milinkovic-Savic

SERGEJ Milinkovic-Savic diperkenalkan sebagai bintang terbaru Al Hilal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kelab Arab Saudi, Al Hilal hari ini mengumumkan ketibaan bintang tengah Serbia, Sergej Milinkovic-Savic dari Lazio dengan kontrak tiga tahun bernilai 20 juta euro (RM102.92 juta) setahun.

Milinkovic-Savic muncul pemain ternama ketiga tiba di Al Hilal sejak sebulan lalu selepas juara Asia empat kali itu membawa masuk Ruben Neves dan Kalidou Koulibaly masing-masing dari Wolverhampton serta Chelsea pada Jun.

Pemain berusia 28 tahun kelahiran Sepanyol itu akan menyertai rakan-rakan sepasukan baharunya pada sesi latihan pra musim di Austria selepas melengkapkan ujian perubatan, kata Al Hilal di Twitter.

Milinkovic-Savic memulakan karier bola sepak di Vojvodina sebelum beraksi semusim bersama kelab Belgium, Genk.

Dia kemudian berpindah ke Lazio pada 2015 dan menjaringkan 69 gol dalam 341 penampilan bersama kelab berpangkalan di Rom itu.

Pemilik Lazio Claudio Lotito kelmarin mendedahkan pemain itu mahukan cabaran baharu selepas lapan tahun di Itali.

Milinkovic-Savic menjuarai Piala Itali pada 2019 dan beraksi untuk Serbia dalam dua Piala Dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN