750 pegawai, anggota polis kawal keselamatan final Piala FA

750 pegawai, anggota polis kawal keselamatan final Piala FA

KAMARUL ZAMAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis negeri ini akan mempertingkatan kawalan keselamatan di dalam dan luar Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri yang menjadi venue perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kuala Lumpur City (KL City), Sabtu ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, seramai 750 pegawai dan anggota ditugaskan bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan semasa perlawanan tersebut berlangsung.

“Polis akan bekerjasama dengan pihak stadium dan kita akan menugaskan seramai 750 pegawai dan anggota untuk pastikan kelancaran keluar masuk (stadium) dan tidak berlaku perkara-perkara tidak diingini.

“Nasihat kita supaya (penyokong) patuhilah peraturan dan arahan polis yang akan kita laksanakan pada hari tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Beliau turut menasihati para penyokong kedua-dua pasukan supaya tidak membawa barangan yang dilarang untuk memasuki stadium yang boleh mengganggu keselamatan.

Pada aksi Sabtu ini, JDT yang pernah menjuarai empat kali Piala FA dengan kali terakhir memenanginya tahun lalu apabila menewaskan Terengganu FC 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka mampu mempertahankan kejuaraan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN