Terengganu siap sedia main 120 minit

Terengganu siap sedia main 120 minit

PEMAIN Terengganu FC melakukan persiapan untuk menghadapi Kuala Lumpur City dalam perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini. – MINGGUAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Melihat aksi se­ngit yang dihadapi Terengganu FC (TFC) ketika kali terakhir berdepan Kuala Lumpur City (KL City), skuad Penyu mempersiapkan pemainnya dengan kemungkinan beraksi lebih 90 minit dalam separuh akhir Piala FA malam ini.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, me­ningkatkan kecergasan pemain antara fokus utama mereka de­ngan mengandaikan perlawanan berlarutan 30 minit jika diheret ke masa tambahan.

Terengganu juga dipersiapkan untuk menghadapi penentuan sepakan penalti andai masih gagal mendapat pemenang dalam masa sebenar.

“Perlawanan ini ujian getir buat TFC dengan prestasi semasa kapten KL City, Paulo Josue bersama Harimau Malaya serta Kipre Tchetche yang kembali menemui sentuhan jaringan.

“Namun kami tidak hanya memberi tumpuan kepada dua pemain itu tetapi juga tonggak seperti Romel Morales, Patrick Reichelt, Zhafri Yahya dan ­Haqimi Azim Rosli.

“Jadi TFC bersedia dengan segala kemungkinan termasuk berlanjutan ke penentuan pe­nalti, lebih-lebih lagi aksi ter­akhir kami (5 Mac 2023) berakhir 0-0,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pertembungan malam ini amat menarik kerana menemukan dua pengendali dari Croatia, dan Steinbruckner sedar rakan senegaranya, Bojan Hodak ter­kenal sebagai pakar taktikal yang mampu menjadikan KL City pasukan sukar dibaca.

Sementara itu, Hodak yang membawa KL City muncul juara Piala Malaysia 2021, selain ­melayakkan diri ke Piala AFC 2022 membuat keputusan mengejut menjelang perlawanan itu apabila ­melepaskan penyerang dari ­Brazil, Herlison Caion.

Pengumuman yang dibuat oleh kelab sehari sebelum perlawanan besar itu nyata me­ngundang persoalan penyokong mereka kerana The City Boys kini dalam saat genting untuk menentang Terengganu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN