Singkirkan Belanda, Croatia ke final Liga Negara-Negara

Singkirkan Belanda, Croatia ke final Liga Negara-Negara

CROATIA menyingkirkan Belanda untuk mara ke final Liga Negara-Negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROTTERDAM, Belanda: Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic memuji Luka Modric selepas pemain berusia 37 tahun itu sekali lagi menjadi arkitek bahagian tengah ketika mereka mara ke final Liga Negara-Negara dengan menumpaskan Belanda 4-2 pada masa tambahan, awal pagi tadi.

Perancang utama Real Madrid itu memenangi penalti untuk gol pembukaan Croatia yang disempurnakan oleh Andrej Kramaric sebelum dia sendiri menyudahkan penalti di masa tambahan bagi melengkapkan kemenangan buat pasukan Dalic.

Pada ketika Modric semakin menuju ke penghujung kariernya, Dalic berharap dia dapat menggunakan khidmat pemain itu selama yang boleh.

“Dia boleh menjadi orang yang membantu kami memenangi pingat emas.

“Luka akan membuat keputusan sendiri selepas perlawanan akhir tetapi dengan memilikinya, kami jauh lebih baik, kami mempunyai kualiti yang jauh lebih baik,” kata Dalic mengenai masa depan Modric.

Croatia menduduki tempat ketiga dalam Piala Dunia di Qatar, Disember lalu, empat tahun selepas muncul naib juara di Russia.

Mereka akan menentang Sepanyol atau Itali dalam final Liga Negara-Negara, Ahad ini dan Dalic berharap Croatia akhirnya boleh memenangi kejohanan besar untuk menobatkan era keemasan skuad negara itu.

Dalam aksi separuh akhir di Stadium De Kuip, Donyell Malen meletakkan Belanda di depan pada minit ke-34, namun Kramaric menyempurnakan penalti pada minit ke-55 untuk kedudukan 1-1.

Jaringan Mario Pasalic pada minit ke-72 membolehkan Croatia mendahului tetapi Noa Lang mengheret permainan ke masa tambahan dengan gol penyamaan di minit ke-96.

Begitupun, Petkovic kembali meletakkan Croatia di depan selepas lapan minit masa tambahan, dan Modric memastikan kemenangan menerusi sepakan penalti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya