Saman Zaki Sadri RM1 juta? Tidak benar – Mark

Saman Zaki Sadri RM1 juta? Tidak benar – Mark

MARK LING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seminggu selepas peletakan jawatan Zaki Sadri sebagai Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, timbul dakwaan mengatakan bekas jaguh lompat jauh itu bakal disaman kerana kenyataan yang dikeluarkan kepada media.

Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Mark Ling disebut sebagai individu yang mahu menyaman pemenang lapan pingat emas Sukan SEA itu, dan jumlahnya bukan sedikit, RM1 juta.

Begitupun Mark ketika dihubungi Utusan Malaysia menafikan dakwaan itu, dan enggan mengulas lanjut permasalahan yang timbul disebabkan ‘insiden’ di Sukan SEA Kemboja bulan lalu.

“Tidak benar (mahu saman Zaki RM1 juta),” katanya ketika ditanya mengenai dakwaan yang kini bertebaran dalam kalangan komuniti olahraga.

Minggu lalu, Zaki yang pernah memenangi pelbagai kejuaraan antarabangsa dalam lompat jauh dan lompat kijang mengesahkan sudah meletak jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan pada 31 Mei sukar bekerjasama dengan beberapa pegawai KOM.

Kata Zaki, beliau tiada masalah dengan Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim tetapi beberapa pegawai baharu, termasuk Mark yang mempunyai latar belakang korporat tidak faham mengenai olahraga.

Mark yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan KOM kemudian memberi bayangan, peletakan jawatan Zaki didorong ‘insiden serius’ yang berlaku dalam kem olahraga ketika Sukan SEA di Kemboja.

Tegas Mark, semua individu erlibat iaitu pengurus pasukan, Datuk R. Annamalai, jurulatih, atlet dan pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) tahu perkara sebenar tetapi KOM tidak mahu mendedahkan.

Mark kemudian mengumumkan pelantikan Pengarah Teknikal Kejurulatihan KOM, Robert J Ballard yang kembali ke Malaysia selepas lapan tahun.

Katanya, bekas atlet Australia itu bukan menggantikan Zaki, malah dia dilantik selepas mendapat pandangan jurulatih, bekas jurulatih dan atlet yang pernah bekerjasama dengannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN