Redzovic sedia rantai penyerang JDT

Redzovic sedia rantai penyerang JDT

ARGZIM Redzovic menggalas tugas berat mengikat penggempur Harimau Selatan malam ini. - IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pemain pertahanan Terengganu FC (TFC), Argzim Redzovic sedia merantai pergerakan penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi kedua-dua pasukan malam ini.

Menurut bek tengah berusia 31 tahun itu, kelibat Bergson Da Silva dan penjaring terbanyak, Fernando Forestieri tidak akan dibiarkan bergerak bebas atau TFC bakal berputih mata di laman sendiri.

“Sejak bermain dalam Liga Malaysia (Liga M) pada 2018, JDT sentiasa pasukan terbaik dan Bergson bukan calang-calang pemain. Jadi kami perlu fokus 90 minit untuk mengawal pergerakannya.

“Begitu juga kehadiran Forestieri yang menjaringkan 14 gol dalam liga dan dua pemain itu hanya memerlukan satu sentuhan atau peluang untuk merobek pintu gol lawan.

“Namun jika mampu menyekat mereka, saya optimis TFC boleh meraih keputusan positif sekurang-kurangnya seri atau mungkin mengutip tiga mata,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

PEMAIN Terengganu FC sudah bersedia untuk menerima kunjungan JDT dalam aksi Liga Super malam ini. – IHSAN TERENGGANU FC

Redozovic yang berasal dari Montenegro dijangka mengetuai benteng pertahanan Sang Penyu bersama Shahrul Nizam Roshasni dalam pertemuan getir itu ekoran kecederaan lutut Sardor Kulmatov.

Tambah bekas pemain PDRM FC itu, percaturan pengendali, Tomislav Steinbruckner, diyakini berupaya menghasilkan magis dengan TFC turut berada dalam momentum terbaik.

Redzovic berkata, tiga kemenangan dan satu seri dalam empat perlawanan terakhir selain mara ke separuh akhir Piala FA meletakan moral kem Sang Penyu kembali di landasan tepat.

“Walaupun berdepan tugas berat, kami tidak akan memberi jalan mudah kepada JDT untuk bermaharajalela lebih-lebih lagi beraksi di depan puluhan ribu penyokong sendiri.

“Kelebihan beraksi di tempat sendiri boleh menjadi faktor kemenangan dan TFC juga telah membuktikan kami sukar dijinakkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya