Ramos ingatkan Kane jangan tolak rezeki

Ramos ingatkan Kane jangan tolak rezeki

HARRY KANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bekas kapten Sepanyol, Sergio Ramos mengingatkan Harry Kane agar tidak menolak peluang untuk beraksi bersama Real Madrid.

Kane mempunyai baki setahun kontrak di Tottenham, dan kapten England itu kini menjadi rebutan antara Real dan Manchester United pada harga sekitar 100 juta pound (RM 574 juta).

Ramos yang memenangi 22 trofi selama 16 tahun di Santiago Bernabeu menggesa agar Kane tidak menolak tuah untuk beraksi dengan pasukan yang mempunyai peluang tinggi meraih kejuaraan.

“Nasihat saya kepada mana-mana pemain, jangan menolak peluang bermain untuk Real Madrid, ia kelab istimewa yang tahu bagaimana untuk menang.

“Dia (Kane) mempunyai fizikal yang bagus, anda tidak boleh menjaringkan gol yang banyak seperti yang dilakukan dalam Liga Perdana Inggeris tanpa tidak bermain menggunakan fizikal dalam perlawanan.

SERGIO RAMOS

“Begitupun pada masa sama, dia juga boleh beraksi menggunakan pendekatan teknikal dan saya rasa dia tidak banyak ­me­­ndapat pujian dalam hal ini. Benar, dia penjaring gol terhebat tetapi dia juga seorang pemain yang bagus,” jelas Ramos.

Begitupun Ramos mengakui, sesiapa sahaja yang ditugaskan mengisi kekosongan Karim ­Benzema bakal berdepan cabaran berat untuk menyamai pencapaian penyerang Perancis itu.

Benzema membuat keputusan mengejutkan untuk berhijrah ke Al Ittihad di Arab Saudi selepas 14 tahun bersama Real.

“Apa yang perlu anda lakukan adalah pamer kualiti pe­nyerang yang mampu menja­ringkan ­banyak gol,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya