Nurul Huda sertai badan induk sukan renang

Nurul Huda sertai badan induk sukan renang

SHAHIDAN bersama kepimpinan baharu Persekutuan Renang Malaysia selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-54 di ibu negara, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga muka baharu membarisi senarai jawatankuasa tertinggi Persekutuan Renang Malaysia (MS) selepas badan induk itu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-54 di ibu negara, petang tadi.

Individu itu ialah ialah Marilyn Chua Yu Ching yang menang jawatan Naib Presiden selepas mendapat 29 undian dan Andy Low Siak San (29 undian) menang kerusi Setiausaha Kohormat dengan menewaskan Mae Chan (22 undian).

Seorang lagi muka baharu ialah bekas perenang negara yang pernah memenangi pingat emas terbanyak dalam Sukan SEA, Nurul Huda Abdullah yang menang jawatan Penolong Setiausaha selepas mendapat 28 undian.

Presiden MS, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mengulas mengenai pelantikan itu menzahirkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa yang lama.

Selain itu, Shahidan turut mengumumkan MS akan melakukan pindaan dalam perlembagaan persatuan yang akan membolehkannya melantik jawatan Setiausaha Kehormat dan Bendahari pada masa akan datang.

Tegasnya, perubahan itu perlu dilakukan demi kelancaran pengurusan persatuan di samping mengelak penantian tiga tahun ke hadapan hanya untuk melantik individu baharu.

“Saya berterima kaseh kepada jawatankuasa lama terutama kepada Naib Presiden (Datuk Nawawi Reduan), Setiausaha (Mae Chan) yang telah berkhidmat dengan begitu baik, saya terima hakikat perwakilan yang telah buat keputusan.

“Antara perkara yang diputuskan tadi adalah pindaan kepada perlembagaan supaya presiden boleh melantik sekurang-kurangnya tiga orang dan ini tidak ada dalam persatuan (sebelum ini).

“Persatuan lain, ada peruntukan untuk presiden boleh melantik jawatankuasa tambahan. Jawatankuasa kita ada lima orang, kita kena pinda supaya pada masa depan, setiausaha dan bendahari hendaklah dilantik oleh presiden sebab kalau ada apa-apa perjalanan persatuan atau yang memerlukan perubahan, kita boleh buat.

“Sekarang kita tak boleh buat perubahan sebab kena tunggu tiga tahun padahal ketua pentadbiran di pejabat adalah Setiausaha Kehormat, jadi kita akan buat pindaan dan cadangan pada masa depan supaya setiausaha tu kita lantik,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat selesai.

Bagi jawatan lain, Timbalan Presiden masih dipegang Oon Kee Seng manakala tugas Bendahari juga masih dipegang Nancy Yap Hui Kun.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya