PARIS: Kylian Mbappe percaya, dia layak memenangi anugerah berprestij Ballon d’Or selepas mengharungi musim menakjubkan dengan melakar satu lagi rekod.
Semalam, penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu menyempurnakan sepakan penalti untuk membolehkan Perancis menumpaskan Greece 1-0 dalam kelayakan Euro 2024.
Itu jaringan ke-54 Mbappe musim ini (bersama kelab dan negara), sekali gus mengatasi rekod penjaring terbanyak Perancis untuk satu musim yang sebelum ini dikongsi bersama Just Fontaine (1957/1958).
Perancis juga mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus untuk mengungguli Kumpulan B.
40 – Kylian Mbappé has scored his 40th goal for France, becoming the fifth player to reach this mark but the first one to do so before his 30 years old (24 years, 5 months and 30 days). Rocket. pic.twitter.com/WALEGUZrcu
— OptaJean (@OptaJean) June 19, 2023
“Ia sentiasa sukar apabila bercakap tentang trofi individu kerana anda perlu meletakkan diri sendiri ke depan, dan ia sesuatu yang tidak semestinya lulus di mata masyarakat umum.
“Kriteria baharu, ia tentang keinginan yang membara, adalah seseorang yang memberi impak… Saya rasa saya sepadan dengan kriteria ini.
“Jadi, saya akan berkata, ya saya akan berkata…ya (layak memenangi Ballon d’Or tetapi kita akan lihat,” katanya kepada TF1 ketika ditanya apakah dia berhak memenangi anugerah berpresij itu.

Jaringan Mbappe pada minit ke-55 membolehkan Perancis mengukuhkan kedudukan pendahulu Kumpulan B dengan memenangi semua empat perlawanan.
Perancis sepatutnya mampu menang lebih besar selepas pertahanan Greece, Konstantinos Mavropanos dibuang padang kerana menjatuhkan Randal Kolo Muani pada minit ke-69.
Sementara itu pengendali Perancis, Didier Deschamps bangga dengan kebangkitan yang ditunjukkan pemain-pemainnya sejak kekalahan menyakitkan kepada Argentina dalam final Piala Dunia tahun lalu.
“Kurang enam bulan selepas apa yang berlaku dalam Piala Dunia, mereka mempamer kualiti membanggakan.
“Kami terus memenangi perlawanan, namun saingan masih terlalu panjang buat semua orang. Apa pun saya bangga dengan mereka,” katanya. – AGENSI