PARIS: Kylian Mbappe kekal tenang di sebalik kontroversi yang sedang menyelubunginya apabila meledak gol tunggal Perancis ketika menewaskan 10 pemain Greece 1-0 dalam kelayakan Euro 2024 awal pagi tadi.
Sepakan penalti penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu pada minit ke-55 bukan sahaja memberi tiga mata penting buat Les Bleus, malah membolehkannya mengatasi rekod Just Fontaine sebagai penjaring terbanyak Perancis.
Pada usia 24 tahun, Mbappe yang mungkin meninggalkan PSG bulan depan meledak gol ke-54 musim ini, sekali gus muncul penjaring terbanyak Perancis bersama kelab dan skuad kebangsaan dalam tahun yang sama.
Perancis juga mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus untuk mengungguli Kumpulan B, kelayakan Euro 2024.
4️⃣ matchs
4️⃣ victoires
4️⃣ clean sheets
9️⃣ buts marquésRDV en septembre pour la suite des qualifications à l’Euro 2024 👊#FiersdetreBleus pic.twitter.com/cNbhkzFrBE
— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) June 19, 2023
Tendangan penalti pertama Mbappe di awal babak kedua pada mulanya berjaya diselamatkan, namun dia mengambilnya kali kedua dan tidak mengulangi kesilapan.
Perancis juga sepatutnya mampu menang lebih besar selepas pertahanan Greece, Konstantinos Mavropanos dibuang padang kerana menjatuhkan Randal Kolo Muani pada minit ke-69.
Begitupun Greece bertahan dengan baik sehingga tamat permainan. – AGENSI