Mane jadi buruan kelab Arab Saudi

Mane jadi buruan kelab Arab Saudi

SADIO MANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sadio Mane menjadi sasaran kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq yang menyaksikan dia berpeluang untuk bergabung dengan legenda Liverpool, Steven Gerrard.

Public Investment Fund (PIF) bersedia mengeluarkan dana untuk membawa Mane sebagai pemain pasukan itu, manakala Gerrard ditawarkan jawatan sebagai pengendali baharu Al-Ettifaq.

Bintang Senegal itu berdepan musim sukar di Ba­yern Munich selepas berpindah dari Liverpool dengan nilai perpindahan 35 juta pound (RM203.8 juta) pada musim lalu.

Sepanjang enam musim di Reds, Mane berjaya menja­ringkan 120 gol dalam 269 penampilan dan memenangi banyak trofi.

“Bayern Munich mahu berpisah dengan Sadio Mane.Pemain Se­negal itu telah ditawarkan ke Paris (Saint-Germain), (Real) Madrid dan kelab Inggeris, namun tiada rundingan yang berjaya.

“Mane juga mempunyai tawaran besar dari Arab Saudi, PIF mengimpikan untuk menghantarnya ke Al-Ettifaq dan dia akan menyertai Steven Gerrard di sana,” menurut laporan Sports Zone.

Sehingga kini dua bintang dunia, Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo telah ­me­nyertai kelab di Liga Pro Saudi.

Selain berpeluang bergabung dengan Gerrard di Arab Saudi, Mane juga boleh memilih untuk kembali ke Liga Perdana Ing­geris selepas Chelsea dan Newcastle United menyatakan minat mendapatkannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN