Luqman bawa kelainan di jentera serangan - Utusan Malaysia

Luqman bawa kelainan di jentera serangan

LUQMAN Hakim Shamsudin (tengah) tersenarai dalam skuad terbaharu pasukan B-23 Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran penyerang sensasi, Luqman Hakim Shamsudin dari Iceland dijangka mampu memberi kelainan di jentera serangan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara pada ­Piala AFF B-23, Ogos depan.

Keputusan memanggil pulang pemain yang beraksi de­ngan Njardvik FC itu pastinya bagi menambah sengat selepas gagal menyerlah di Sukan SEA Kemboja yang menyaksikan skuad negara tersingkir seawal peringkat kumpulan.

Ketika ini, Luqman juga ­beraksi cemerlang dengan Njardvik FC dan terbaharu, penyerang muda negara itu berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk memastikan pasukannya tidak mengalami kekalahan ketika menentang Selfoss FC yang berakhir seri 1-1.

Bekas penyerang kebangsaan, Mohd Nizaruddin Yusof berkata, pengalaman beraksi di pentas Eropah akan membantu Luqman untuk lebih berbisa apabila menentang pasukan dari negara Asia Tenggara dalam Piala AFF B-23.

“Kalau kita lihat persembahan Luqman sekarang, jauh berbeza dan ada kualiti dan lebih laju. Itu kelebihan yang dia ada. Sangat beruntung apabila ada pemain sebegini dalam pasukan dan ia akan membantu lebih banyak di bahagian hadapan.

“Apa yang kita harapkan ialah dia tidak akan mengalami sebarang kecederaan. Sekarang terpulang kepada jurulatih (E.Elavarasan) untuk letak dia di bahagian mana. Kalau kita te­ngok, Luqman memang bermain di dua tempat iaitu posisi 9 atau 10.

“Kalau letak dia di bahagian sayap, bagi saya sedikit sukar, badan dia pun semakin padu. Jadi kalau nak bandingkan kelajuan, mungkin tidak seperti Faisal Abdul Halim dan juga Arif Aiman Hanapi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, Elavarasan me­ngumumkan barisan 26 pemain untuk kem latihan pusat selama seminggu bermula esok hingga 19 Jun ini sebagai menyertai ­Piala AFF B-23 di Chonburi, Thailand.

Daripada senarai itu, Elava­rasan mengekalkan 15 pemain yang menyertai Sukan SEA dan memanggil beberapa muka baharu antaranya Muhammad Abu Khalil, Muhammad Aiman Farhan Muhammad Fauzi dan Muhammad Hariz Mansor.

Luqman dan Rahadiazli Rahalim yang terlepas menyertai skuad Sukan Sea sebelum ini, kembali menyertai kem latihan pusat pasukan B-23 negara yang diletakkan dalam Kumpulan B bersama Indonesia dan Timor Leste di kejohanan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya