Fahmi Fadzil kini penaung Kuala Lumpur City

Fahmi Fadzil kini Penaung Kuala Lumpur City

FAHMI Fadzil dilantik sebagai Penaung KL City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil diumum menjadi penaung baharu Kuala Lumpur City FC bermula hari ini.

KL City mengumumkan perkara itu di semua laman sosialnya dengan mengucapkan tahniah dan menyatakan harapan mereka terhadap pelantikan tersebut,

“Kami teruja mengumumkan pelantikan Penaung baharu, Yang Berhormat Menteri (YBM) Fahmi Fadzil.

“Kami ucapkan tahniah kepadanya atas pelantikan ini dan berharap dapat melihat impak positif dengan keberadaannya di kelab ini. Sebagai peminat yang berdedikasi kepada pasukan ini dan juga salah seorang Ahli Parlimen Kuala Lumpur, kami yakin beliau mampu membawa pandangan berharga dan kemahiran kepada organisasi ini.

“Kami tidak sabar untuk bekerja dengan Penaung baharu di samping terus berusaha untuk menghasilkan kecemerlangan di dalam dan di luar padang,” tulisnya di Facebook.

Tiga hari lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad mengesahkan telah bertemu kepada Fahmi di Parlimen bagi menawarkan jawatan tersebut dan menerima syarat yang ditetapkan menteri itu.

Kata Khalid, Fahmi bersetuju menjadi Penaung KL City namun kelab itu tidak boleh mendapat penajaan daripada mana-mana syarikat telekomunikasi, yang kini berada di bawah kementeriannya.

“Beliau tidak mahu terhutang dengan syarikat berkenaan kerana menyumbang atau membantu KL City. Jadi apa kita perlukan ialah seseorang dihormati dan disegani sebagai penaung dan kita akan usaha untuk mendapatkan penajaan lain,” katanya.

Sebelum ini, jawatan itu disandang Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada Ogos tahun lalu, selepas bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa meletak jawatan.

Khalid turut menegaskan bahawa beliau sudah bertemu Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh, untuk memohon pertimbangan bagi menambah peruntukan kewangan, daripada RM5 juta kepada RM10 juta setahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.