‘Devil Baby’ terlepas hukuman penjara gara-gara ganggu Mount

‘Devil Baby’ terlepas hukuman penjara gara-gara ganggu Mount

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Model yang menggelar dirinya ‘Devil Baby’, Orla Melissa Sloan terlepas hukuman penjara kerana mengintai bintang Chelsea, Mason Mount selepas mereka tidur bersama.

Selain Mount, Sloan, 22, turut menyasarkan seorang lagi pemain Blues, Ben Chilwell, 26, dan Billy Gilmour dari Brighton, 21, ketika ­obsesinya terhadap bintang bola sepak semakin meningkat.

Sloan yang mempunyai 81,000 pengikut di Instagram mengganggu tiga bintang bola sepak tersebut dengan membuat panggilan dan menghantar mesej berterusan.

Dia terlepas hukuman penjara dan hanya didenda dalam keputusan oleh Mahkamah ­Majistret Westminster semalam.

Sloan diletak di bawah pemantauan selama 18 bulan dan perlu membayar 1,100 pound (RM6,525) sebagai pampasan iaitu 500 pound (RM2,966) kepada Mount dan 300 pound (RM1,779) kepada Chilwell serta Gilmour.

Dia juga dilarang menghubungi trio tersebut dan perlu me­lakukan 200 jam kerja amal tanpa gaji.

Sloan meminta peguamnya, Michael Cogan memohon maaf secara terbuka kepada Mount, Chilwell dan Gilmour, manakala ibunya memberitahu mahkamah anak perempuannya ketagih media sosial.

Dia sebelum itu mengaku bersalah atas tuduhan mengganggu, mengekori dan mengintai yang serius yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun.

Mahkamah diberitahu pempengaruh itu dijemput ke pesta di rumah Chilwell selepas berbual melalui laman Instagram.
Dia tidur dengan Mount sekali dan mereka berhubung selama enam bulan.

Sloan berterusan menghantar mesej dan menghubungi Mount biarpun pemain England itu telah memintanya berhenti daripada melakukannya.

MASON MOUNT

Dia sanggup menukar nombor telefon 21 kali apabila Mount terus mengelak.

Tidak puas dengan hanya menghantar mesej kepada Mount, Sloan turut menghujani Gilmour dengan mesej mengenai Mount.

Dalam satu kenyataan, Mount memberitahu dia berasa takut Sloan akan muncul di pusat latihan Chelsea selepas dia menyekatnya.

“Saya percaya dia obses terhadap saya dan tidak tahu apa yang mampu dilakukannya. Dia tahu alamat dan pusat latihan saya.

“Tingkah lakunya tidak menentu dan saya bimbang bila dia tidak dapat menghubungi saya dia akan muncul tiba-tiba, sebab itu saya menghubungi polis,” kata Mount. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN