De Gea bakal tinggalkan United selepas 12 tahun

De Gea bakal tinggalkan United selepas 12 tahun

DAVID DE GEA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: David De Gea bersedia meninggalkan Manchester United selepas 12 tahun berada di Old Trafford apabila namanya tiada dalam senarai skuad musim hadapan.

Kontrak penjaga gol Sepanyol itu tamat pada 30 Jun, dan sehingga kini, dia tidak bersetuju dengan terma perjanjian baharu.
Sumber United mendedahkan kontrak De Gea kelihatan suram, dengan pemain berumur 31 tahun itu tidak mahu menerima pe­ngurangan gaji semasanya 375,000 pound (RM2.21 juta) seminggu.

Berada dalam senarai kekal ialah penyerang muda, Mateo ­Mejia dan pemain merangkap jurulatih skuad bawah 21 tahun, Tom Huddlestone dengan kedua-duanya telah menerima tawaran kontrak baharu.

Begitupun De Gea diketepikan walaupun berada dalam kedudukan kontrak yang sama dengan Mejia dan Huddlestone.

Jika itu berlaku, United perlu menandatangani penjaga gol No.1 baharu, dengan Tom Heaton dan Nathan Bishop satu-satunya pilihan yang ada ketika ini.

De Gea telah membuat 545 penampilan untuk United, meletakkannya di tempat kelima dalam senarai sepanjang zaman tetapi ia semakin jelas seperti dia telah bermain perlawanan terak­hirnya untuk Red Devils.

Dia memenangi Sarung Tangan Emas musim lalu, dianugerahkan kepada penjaga gol dengan rekod bersih terbanyak Liga Perdana, tetapi kempennya dicemari oleh beberapa siri kesilapan mudah yang memalukan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN