Bapa Messi terima tawaran RM5.7 bilion Al-Hilal

Bapa Messi terima tawaran RM5.7 bilion Al-Hilal

KELAB Arab Saudi, Al-Hilal sanggup membayar mahal untuk membawa masuk Lionel Messi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kem Lionel Messi dilaporkan bersetuju menerima tawaran 1 bilion pound (RM5.7 bilion) untuk menyertai Al-Hilal.

Messi, 35, bersedia untuk bermain dalam perlawanan terakhir bersama Paris Saint-Germain (PSG) esok selepas dua musim bersama gergasi Perancis itu.

Selepas digantung oleh PSG kerana membuat perjalanan ke Arab Saudi tanpa kebenaran, Messi meningkatkan spekulasi akan meninggalkan Paris sejurus sahaja kontraknya tamat pada penghujung musim ini.

Terdapat laporan mengatakan kelab Arab Saudi, Al-Hilal telah mencapai persetujuan dengan ejen dan bapa Messi, Jorge.

Media Perancis mendakwa kem Messi telah menerima perjanjian yang bakal menyaksikan dia me­raih jumlah menakjubkan hampir 1 bilion (RM5.7 bilion) dalam tempoh dua tahun atau hampir 500 juta pound (RM2.8 bilion) setahun.

CRISTIANO RONALDO

Jumlah itu lebih dua kali ganda daripada yang diterima Cristiano Ronaldo ketika menyertai pesaing Al-Hilal, Al-Nassr.

Media di Perancis juga mendakwa, Jorge telah bersetuju dengan tawaran itu, yang akan menyaksikan dia menerima komisen ­tertinggi daripada perpindahan dalam sejarah bola sepak.

Ia berlaku walaupun Messi ­lebih suka kembali ke kelab ­zaman kanak-kanaknya iaitu Barcelona, di mana dia memenangi empat kejuaraan Liga Juara-Juara.

Messi juga telah menghabiskan sebahagian besar karier­nya di Sepanyol sebelum terpaksa meninggalkan kelab tersebut kerana keadaan kewangan mereka yang tenat.

Rakan baik Messi ketika di Barcelona, Sergio Busquets dan Jordi Alba akan mening­galkan gergasi Catalan itu pada penghujung musim ini, situasi yang membuatkan kapten Argentina tersebut berfikir semula untuk kembali ke Camp Nou. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya