Argentina berlepas ke Jakarta tanpa Messi, Di Maria, Otamendi?

Argentina berlepas ke Jakarta tanpa Messi, Di Maria, Otamendi?

SELEPAS beraksi menentang Australia, Lionel Messi tidak sertai skuad ke Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bintang Argentina, Lionel Messi, Angel Di Maria dan Nicolas Otamendi dikatakan meninggalkan skuad kebangsaan sebaik sahaja tamat perlawanan menentang Australia semalam.

Selepas menewaskan Australia 2-0 di Stadium Workers, Beijing, anak-anak buah Lionel Scaloni menjalani latihan untuk persiapan menghadapi Indonesia, Isnin ini.

Begitupun seorang wartawan Argentina berkata, Messi, Di Maria dan Otamendi tidak lagi bersama skuad dan mungkin tidak akan menyertai mereka ke Jakarta.

“Pasukan kebangsaan Argentina berlatih selepas perlawanan di stadium. Messi, Di Maria dan Otamendi telah meninggalkan mereka,” tulis Gaston Edul di Twitter.

Dalam muat naik sama, Edul turut memberitahu skuad Albiceleste akan berlepas ke Indonesia hari ini, dan menghabiskan masa enam jam menaiki pesawat dari Beijing ke Jakarta.

Messi, Di Maria dan Otamendi bermain dari minit pertama dalam pertemuan menentang Australia. Kecuali Messi, dua pemain lain tidak bermain selama 90 minit.

Berita mengenai ketiadaan Messi di Indonesia telah tersebar sejak minggu lalu, dan mencetus kekecewaan dalam kalangan peminat.

Media Argentina berkata l, Messi tidak akan bermain menentang pasukan Garuda, manakala maklumat mengenai Di Maria dan Otamendi tidak hadir pada perlawanan di Indonesia mula menyusul sejak dua hari lalu.

Ketika mengumumkan pertarungan Indonesia menentang Argentina, Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir tidak pernah mengesahkan Messi akan beraksi di Stadium Utama Bung Karno.

Perlawanan Indonesia Argentina yang termasuk dalam kalendar badan bola sepak dunia, FIFA berlangsung lima hari selepas Indonesia seri 0-0 dengan Palestin di Surabaya.

Gol Messi pada saat ke-79 dan jaringan German Pezzella memastikan Albiceleste melakar kemenangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN