Arab Saudi beri pengajaran berguna kepada Malaysia B-17 - Utusan Malaysia

Arab Saudi beri pengajaran berguna kepada Malaysia B-17

AKSI skuad Malaysia B-17 ketika menentang Arab Saudi dalam perlawanan persahabatan di Stadium UiTM Shah Alam, hari ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Benteng rapuh menyebabkan skuad bola sepak Bawah 17 tahun (B-17) dihukum 1-4 oleh Arab Saudi dalam aksi persahabatan kedua di Stadium UiTM Shah Alam hari ini.

Selepas kalah tipis 2-3 kepada Uzbekistan dalam perlawanan pertama, Arab Saudi memberi pengajaran sebenar kepada anak-anak buah Osmero Omaro dalam persiapan mereka menghadapi Piala Asia B-17 di Bangkok pada pertengahan bulan ini.

Pasukan pelawat hanya memerlukan lima minit pertama untuk menembusi gawang Malaysia menerusi Nawaf Nasser Albishri.

Biarpun cuba memberi tentangan dengan menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Dainei Mat Disa pada minit terakhir babak pertama, namun tidak banyak yang mampu dilakukan pemain muda negara memasuki babak kedua.

Nawaf Nasser menghukum kelekaan benteng pertahanan Malaysia hanya dua minit selepas permainan bersambung, sebelum Talal Abubakr Abdullah Haji meledak gol ketiga dan Amar Hamed Alyuhaybi melengkapkan jaringan keempat.

Dua kekalahan berturut-turut memberi pengajaran berguna buat pasukan negara yang diundi bersama Thailand, Yemen dan Laos dalam Kumpulan A pada Piala Asia B-17.

Pasukan yang berada kelompok empat terbaik kejohanan itu bakal memperoleh slot untuk beraksi di Piala Dunia 2023. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.