Al-Ittihad goda Heung-min dengan RM593 juta

Al-Ittihad goda Heung-min dengan RM593 juta

SON HEUNG-MIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Super star Korea Selatan, Son Heung-min menjadi nama besar terbaharu dipancing kelab Arab Saudi apabila ditawarkan 100 juta pound (RM593.61 juta) untuk menyertai Al-Ittihad.

Selepas Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema sudahpun berhijrah ke negara Teluk itu, manakala N’Golo Kante serta Ruben Neves dikatakan dalam perjalanan, kini Heung-min menjadi sasaran baharu dengan perpindahan lumayan.

Al-Ittihad yang baru mendapatkan Benzema dan bersetuju dengan perjanjian menandatangani Kante berharap keha­diran Heung-min, 30, mampu memperkuatkan skuad.

Menurut ESPN, juara baharu Liga Pro Saudi itu yang menewaskan skuad Ronaldo Al-Nassr untuk meraih gela­ran musim lalu menyediakan bidaan permulaan 51 juta (RM302.50 juta).

Al-Ittihad turut menawarkan Heung-min kontrak lumayan empat tahun de­ngan bayaran 25.6 juta pound (RM151.82 juta) semusim.

KARIM Benzema ketika diperkenalkan sebagai pemain baharu Al-Ittihad. – AFP

Ketika keyakinan di Asia Barat semakin meningkat untuk mendapatkan Heung-min, Tottenham tidak sedia mendengar sebarang tawaran.

Sebaliknya melanjutkan kontrak pemain itu sehingga 2025.

Pemergiannya bakal memberi tamparan kepada pe­ngurus baharu, Ange Postecoglou yang turut berusaha mengekalkan Harry Kane.

Heung-min menyertai Spurs sejak 2015 selepas berpindah dari kelab Jerman, Bayer Le­verkusen. Dia telah meledak 145 gol dalam 372 perlawanan dan mencipta 80 bantuan ja­ringan.

Jika Heung-min berpindah ke Al-Ittihad, dia akan bersatu dengan bekas pengurus Tottenham, Nuno Espirito Santo yang mengemudi kelab Arab Saudi itu muncul juara Liga Pro Saudi musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN