Undian yang sukar, namun Malaysia janji aksi terbaik

Undian yang sukar, namun Malaysia janji aksi terbaik

KIM PAN GON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengakui, diletak dalam Kumpulan E bersama gergasi Asia, Korea Selatan, Bahrain dan Jordan undian yang cukup sukar buat Malaysia.

Begitupun pasukan negara berjanji akan menampilkan aksi terbaik dan cuba meloloskan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar.

“Ia kumpulan yang sukar. Ada dua pasukan dari rantau ini, Korea Selatan salah satu pasukan terkuat tetapi kami akan lakukan yang terbaik.

“Kami akan bersaing dengan mereka dan beri kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi video yang dikongsi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Di bawah kendalian Pan Gon, Malaysia layak ke Piala Asia secara merit dalam tempoh 43 tahun, malah Harimau Malaya menunjukkan peningkatan mendadak.

Pasukan negara juga melonjak ke ranking ke-138 dunia menerusi kemenangan dalam beberapa aksi antarabangsa.

Sebagai persediaan ke Piala Asia yang bakal berlangsung di Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari, FAM telah mengatur beberapa perlawanan pemanas badan di bawah kalendar badan bola sepak dunia, FIFA. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya