Tonggak import kecil, pemain berpengalaman pula ‘tenggelam’

Tonggak import kecil, pemain berpengalaman pula ‘tenggelam’

BINTANG tengah Kedah, Lee Tuck (tengah) melepasi kepungan pemain Kelantan FC untuk meledak gol buat tuan rumah dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin. – IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pemain import Kelantan FC yang bersaiz ‘tempatan’, selain beberapa tonggak berpengalaman ‘tenggelam’ punca pasukan itu dibelasah 5-0 oleh Kedah Darul Aman (KDA) FC, kata pengendali The Red Warriors (TRW), Frank Bernhardt.

Kekalahan di Alor Setar kelmarin menyaksikan kedudukan Bernhardt kini sebagai ‘panas’ selepas kelab itu mengalami enam kekalahan Liga Super berturut-turut, sekali gus kekal di tangga kedua tercorot.

Kata Bernhardt barisan import yang sepatutnya menambah kekuatan pasukan bagaimanapun tidak memberi kelebihan kerana saiz fizikal mereka yang kecil.

“Walaupun kami memiliki beberapa pemain import dalam pasukan ini, mereka juga memiliki saiz yang sama atau bertubuh kecil seperti pemain tempatan.

“Cuba lihat pasukan lain yang memiliki pemain import berketinggian 190 sentimeter dengan berat 95 kilogram. Mereka ada tenaga dan kekuatan badan ketika beraksi,” katanya sejurus selepas kekalahan.

Bernhardt  turut menyuarakan kekecewaan terhadap beberapa pemain yang dianggap berpengalaman tetapi tidak menunjukkan prestasi sepatutnya.

Katanya, pemain-pemain itu bukan sahaja beraksi di bawah keupayaan sebenar, malah melakukan banyak kesilapan. 

“Kami memiliki beberapa pemain berpengalaman yang beraksi sangat jauh daripada tahap yang boleh ditampilkan seperti mereka tunjukkan sebelum ini. 

“Jadi dalam perlawanan itu, kami bermula dengan kesilapan membuat hantaran, kerap kehilangan bola dan kami juga memiliki masalah di bahagian sayap. Dalam masa sama, kami juga langsung tidak bertenaga di barisan depan hinggakan tiada percubaan yang benar-benar berbahaya dihasilkan. 

“Semua ini sangat jauh berbeza daripada aksi selalu ditampilkan pasukan dan prestasi pemain berpengalaman ini ‘totally out of form’,” katanya.

Dalam perlawanan itu, pintu gol Sang Kenari seakan langsung tidak teruji dengan Kedah berpesta gol menerusi lima pemain berbeza iaitu Manuel Ott, Lee Tuck, Manuel Hidalgo, Willian Lira dan Jonathan Balotelli. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.