Tomislav lega taktikal babak kedua berhasil - Utusan Malaysia

Tomislav lega taktikal babak kedua berhasil

Kapten Terengganu FC (TFC), Sony Norde (kiri) melakukan percubaan gol semasa menentang pasukan Penang FC pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner, lega percaturan taktikal pada babak kedua berhasil dengan kemenangan 1-0 ke atas Penang FC, malam tadi.

Jurulatih kelahiran Croatia itu berkata, kemasukan Nik Sharif Haseefy Nik Lazim dan Engku Nur Shakir Engku Yaacob mengubah corak permainan lebih agresif selepas aksi hambar babak pertama.

Menurutnya, impak dua pemain itu memberi tuah kepada Sang Penyu apabila Engku Nur Shakir menyelamatkan maruah Terengganu dengan jaringan tunggal perlawanan minit ke-75.

“Sebelum perlawanan lagi saya telah tekankan semua pemain perlu menyuntik dimensi dalam permainan termasuk dari bangku simpanan dan malam ini (semalam) saya melihatnya.

“Selepas kemasukannya, Nik Sharif menunjukkan rentak agresif dengan larian deras dari sebelah tepi selain memiliki dua atau tiga peluang terbaik yang dinafikan penjaga gol lawan.

“Saya berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan Nik Sharif dan Engku Nur Shakir walaupun mereka masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua,” jelasnya ketika ditemui, semalam.

Dalam aksi malam tadi, Terengganu dipaksa bermandi peluh sebelum lorongan Sony Norde disudahkan dengan baik oleh Engku Nur Shakir untuk gol tunggal perlawanan.

Kemenangan tipis itu menyaksikan Sang Penyu kembali ke zon pertengahan liga ke tempat ketujuh mengumpul 17 mata daripada 12 perlawanan, dua mata di belakang KL City.

“Ini adalah kemenangan penting selepas keciciran mata bertemu Sri Pahang dan Sabah. Malah memberi keyakinan untuk menghadapi aksi kalah mati suku akhir Piala FA, Sabtu ini.

“Secara keseluruhan saya lihat Terengganu berhak mengalahkan Penang FC selepas menguasai permainan. Walaupun gagal menambah kelebihan jaringan, saya gembira dengan keputusan ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya