Thailand, Vietnam baru lawan sebenar

Thailand, Vietnam baru lawan sebenar

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menumpaskan Laos dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Sukan SEA 2023 di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja kelmarin. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Kemenangan 5-1 ke atas Laos kelmarin tidak memberi makna jika Malaysia gagal ke separuh akhir Sukan SEA, tegas pengendali skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara, E. Elavarasan.

Perjalanan Malaysia pada edisi kali ini amat berliku apabila diletak dalam Kumpulan B bersama gergasi bola sepak rantau ini.

Meskipun lulus ujian pertama, cabaran sebenar Malaysia hanya bermula esok apabila berdepan juara 16 kali, Thailand.

“Kita perlu sedar kita berada dalam kumpulan yang sukar.

“Sebenarnya lima gol dalam satu perlawanan bukan sesuatu yang besar kerana anda akan menentang Thailand selepas ini, jika anda tewas, apa erti kemenangan lima gol itu? Tiada erti, melainkan seri (dengan Thailand) atau lakukan sesuatu yang lain.

“Bagaimanapun ketika ini per­saingan peringkat kumpulan masih terbuka,” katanya.

PERTAHANAN Malaysia, Harith Haiqal Adam Afkar meraikan jaringan pasukan negara ketika menumpaskan Laos di Phnom Penh, Kemboja kelmarin. – UTUSAN/AMIR KHALID

Selepas Thailand, Malaysia akan berdepan juara bertahan, Vietnam pada Isnin depan, diikuti Singapura pada 11 Mei.

Pengendali berusia 61 tahun itu bagaimanapun memuji prestasi pemain ketika menentang Laos biarpun hanya sempat menjalani latihan pusat tiga hari dan tiba di Phnom Penh 24 jam sebelum sepak mula.

Pada aksi di Stadium Prince, skuad muda Harimau Malaya meraih gol menerusi Ubaidullah Shamsul Fazili, Syahir Bashah, Najmudin Akmal Kamal Akmal dan dua jaringan sendiri Laos.

“Selepas menjalani latihan yang singkat, saya akui lega dengan keputusan yang diraih terutama apabila pasukan dapat meraih jumlah gol yang banyak.

“Namun, itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana negara-negara lain juga menjaringkan banyak gol.

“Kita agak bergelut di awal permainan dan ia perkara biasa memandangkan pasukan ini baru dibentuk dengan ramai pemain berbeza. Saya percaya kemenangan boleh menaikkan semangat mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.