Tanya Shahidan kenapa Malaysia gagal capai sasaran - Hannah

Tanya Shahidan kenapa Malaysia gagal capai sasaran – Hannah

HANTARAN yang dimuat naik Fadhli Shaari dalam Facebook.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam nada sinis meminta Ketua Pemuda Pas, Fadhli Shaari agar bertanya sendiri kepada Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai kegagalan Kontinjen Malaysia mencapai sasaran 40 pingat emas pada Sukan SEA 2023 di Kemboja yang melabuhkan tirai, semalam.

“Mereka sepatutnya bercakap dengan Shahidan Kassim, sebelum ‘post’ ke media sosial. Mereka sepatutnya tanya Datuk Seri Shahidan apa pendapat beliau mengenai Sukan SEA sebelum Pas buka mulut (buat sebarang kenyataan),” kata Hannah ringkas sewaktu sidang akhbar Liga Sepak Takraw (STL) Emas Anuar 2023 di sini, hari ini.

HANNAH Yeoh menjawab soalan media dalam majlis pelancaran Liga Sepaktakraw 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Hannah berkata demikian setelah diminta mengulas mengenai kenyataan Fadhli menerusi Facebook yang menggesa beliau dan timbalannya, Adam Adli memohon maaf secara terbuka atas kegagalan negara mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini.

Fadhli berkata, Kementerian Belia dan Sukan juga perlu membuat pasca nilai bagi mengetahui punca sebenar dan tidak hanya menyalahkan atlet semata-mata.

 

Malaysia menghuni kedudukan ketujuh dalam senarai kutipan pingat Sukan SEA 2023 setelah mengumpul 34 emas, 45 perak dan 96 gangsa.

SHAHIDAN KASSIM

Dalam sejarah Sukan SEA, kutipan pingat terbesar kontinjen negara biasanya hadir daripada sukan olahraga dan renang, tetapi sejak beberapa temasya dan yang terbaru di Kemboja, kedua-dua sukan tersebut gagal berbuat demikian.

Shahidan merupakan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) serta Persekutuan Renang Malaysia (MS) dan Hannah berpendapat Ahli Parlimen Arau itu merupakan individu yang paling tepat untuk menjawab segala pertanyaan Fadhli.

Pada temasya dwi tahunan itu, olahraga berjaya membawa pulang lima pingat emas, tiga perak dan 11 gangsa, manakala, renang hanya satu emas, tiga perak serta empat gangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya