Tang Jie-Ee Wei kejutkan beregu No. 5 dunia

Tang Jie-Ee Wei kejutkan beregu No. 5 dunia

CHEN TAN JIE-TOH EE WEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran muda negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencipta kejutan menumpaskan pasangan No. 5 dunia dari China, Feng Yang Zhe-Huang Dong Ping pada pusingan pertama badminton Terbuka Thailand 2023 hari ini.

Kejayaan itu bukan datang dengan mudah yang menyaksikan Tang Jie-Ee Wei terpaksa berhempas pulas selama satu jam tiga minit sebelum meraih kemenangan 21-15, 19-21, 21-19.

Menurut Ee Wei, mereka memang mempersiapkan diri dengan sangat baik untuk menghadapi perlawanan tersebut selepas tewas dalam Malaysia Masters  minggu lalu.

“Dalam perlawanan Malaysia Masters, saya rasa kita pun sudah cuba yang terbaik, kita tidak terlalu memikirkan kekalahan di situ. Selepas tewas, kami terus tumpukan perhatian kepada Terbuka Thailand. Kami betul-betul mempersiapkan diri, mental dan latihan,” katanya.

Sementara itu, Tang Jie berkata, pengalaman pertama kali bertemu pasangan China itu membuka matanya untuk tidak leka setelah menang perlawanan set pertama kerana lawannya itu mampu mengubah keadaan pada bila-bila masa.

“Saya rasa walaupun kami sudah mendahului perlawanan, kami tidak boleh bertenang. Saya rasa kena lebih fokus sebab mereka ada keupayaan mengejar. Saya rasa kami beri perhatian lebih dalam set ketiga tadi,” katanya.

Dalam perlawanan pusingan kedua esok, gandingan No. 20 dunia itu dijadual menentang pasangan Jepun, Kaneko Yuki-Matsutomo Misaki, selepas mereka menang ke atas pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei-Hsu Ya Ching, 21-18, 22-20.

CHAN Peng Soon-Cheah Yee See turut meneruskan kemaraan.

Dalam pada itu, satu lagi beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See turut berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua selepas membenam pasangan Singapura, Terry Hee-Jessica Tan 15-21, 21-11, 22-20.

Peng Soon-Yee See bakal bertemu pasangan Korea Selatan, Kim Wonho-Jeong Na Eun selepas mereka juga menundukkan pasangan Singapura, Andy Kwek-Crystal Wong, 21-15, 21-13.

Dalam perkembangan lain, perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong turut berjaya melepasi halangan pertama kejohanan selepas menundukkan pemain India, Rajawat Priyanshu dalam aksi straight set 21-19, 21-10.

Bagaimanapun, keputusan berbeza bagi perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang tewas kepada pemain Taiwan, Shu Wen Chi, 11-21, 19-21. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.