STL Fantasy League kembali hangatkan STL 2023

STL Fantasy League kembali hangatkan STL 2023

STL Fantasy League yang dianjurkan bersempena Liga Sepak Takraw 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat sukan sepak takraw berpeluang untuk menjadi pengurus dan membentuk pasukan idaman menerusi STL Fantasy League yang dianjurkan bersempena Liga Sepak Takraw (STL) Emas Anuar 2023.

Sebanyak 10 pasukan melibatkan 80 pemain termasuk pemain import akan berentap merebut kejuaraan musim ke-9 STL Emas Anuar 2023 yang telah pun bermula kelmarin 26 Mei 2023 dengan Perak menjadi tuan rumah pertama.

Peminat sepak takraw hanya perlu bertindak sebagai seorang pengurus dan memilih barisan pemain impian untuk membentuk pasukan mengikut bajet yang telah diberikan dan boleh melakukan penukaran pemain mengikut had yang ditetapkan.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, STL Fantasy League telah memasuki musim kedua dengan tujuan untuk memberi keseronakkan kepada peminat serta menarik lebih ramai golongan milenial meminati sukan ini.

“Pada tahun lalu, buat pertama kalinya juga Astro telah memperkenalkannya dan sambutan amat memberangsangkan apabila seramai 7,000 peserta telah menyertainya dan saya yakin akan menerima penyertaan baharu pada tahun ini.

“Peminat yang menyertai STL Fantasy League berpeluang memenangi hadiah tajaan daripada Emas Anuar, Idemitsu dan Li Ning.

“Mereka juga dapat mengembangkan pengetahuan mereka mengenai setiap pemain dalam semua pasukan dan boleh menyaksikan perkembangan terkini STL secara langsung di Astro Arena dan juga Astro GO,” katanya.

Mereka yang berminat untuk menyertai STL Fantasy League boleh layari sepaktakrawleague.my untuk membuat pendaftaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya