Selepas Sepanyol, Pan Gon kutip ilmu dengan kelab EPL

Selepas Sepanyol, Pan Gon kutip ilmu dengan kelab EPL

KIM Pan Gon (kiri) bertemu jurulatih berpengalaman West Ham, David Moyes dalam lawatannya ke London. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas melawat beberapa kelab di Sepanyol, barisan kejurulatihan Harimau Malaya beralih ke England untuk menambah ilmu yang boleh digunakan bagi menguatkan skuad bola sepak kebangsaan.

Delegasi Malaysia yang diketuai Kim Pan Gon berpeluang menyaksikan sesi latihan West Ham United, selain melawat fasiliti latihan kelab kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dan bertemu pengurus mereka yang cukup berpengalaman, David Moyes.

Pan Gon bersama pembantunya, Pau Marti Vicente serta jurulatih penjaga gol, Cho Junho; jurulatih kecergasan, Jihyeon Park serta jurulatih analisis prestasi, Lim Jaehun kemudian meneruskan lawatan teknikal ke Brighton & Hove Albion.

Mereka mengadakan pertemuan dengan kakitangan teknikal dan kejurulatihan kelab Liga Perdana itu.

Sepanjang seminggu berada di London itu, Pan Gon dan staf kejurulatihannya juga sempat menonton dua perlawanan Liga Perdana melibatkan West Ham dan Liverpool pada 27 April lalu, diikuti Brighton menentang Wolverhampton, Sabtu lalu.

Selepas tamat perlawanan, Pan Gon juga bertemu penyerang kebangsaan Korea Selatan, Hwang Hee-chan yang beraksi bersama Wolverhampton. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya