Selangor, N. Sembilan tampilkan taktikal berbeza malam ini

Selangor, N. Sembilan tampilkan taktikal berbeza malam ini

SELANGOR FC mahu meneruskan momentum kemenangan ketika menewaskan Kedah apabila menentang Negeri Sembilan pada suku akhir Piala FA malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negeri Sembilan yang masih kecewa seri 3-3 dengan Kelantan United dalam aksi terakhir Liga Super, Selasa lalu mahu menampilkan taktikal berbeza bagi mengelak dihukum Selangor FC dalam suku akhir Piala FA malam ini.

Selangor yang dibimbing Tan Cheng Hoe pula masih dalam ‘mood’ terbaik selepas me­numpaskan Kedah 3-2, Rabu lalu, malah mereka uga me­numpaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam pertemuan terakhir 4 April lalu.

Selain akan menurunkan skuad terkuat, pengendali Ne­geri Sembilan, K. Devan me­ngakui perlu tampil dengan taktikal berbeza bagi memenangi pertembungan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

“Kami menerima berita baik menjelang pertemuan itu, Casagrande (penyerang dari Brazil) dijangka kembali beraksi. Kami juga boleh menurunkan Shahrel Fikri (Md. Fauzi), Safuwan Baharuddin dan Levy Madinda.

“Kami akan memberi tenta­ngan sengit kepada Selangor dan pemain Negeri Sembilan juga sedia untuk bertahan dengan baik.

“Kami tidak hanya akan menyerang, malah bertahan,” kata Devan yang membawa Negeri Sembilan menjulang kejuaraan Liga Perdana 2021.

NEGERI Sembilan mahu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mengalahkan Selangor FC pada suku akhir Piala FA malam ini.

Shahrel dan Safuwan ke­dua-duanya adalah bekas tonggak Red Giants, dan situasi itu ­pastinya memberi sedikit ­ke­lebihan kepada Devan untuk menjinakkan lawan yang kini berada di prestasi terbaik.

Sementara itu, Cheng Hoe yang sedar Devan pasti akan menukar taktikal permainan sudah mempersiapkan pasukan­nya dengan strategi berbeza berbanding ketika ­me­ngalahkan Kedah.

Katanya, beraksi di Negeri Sembilan juga mampu memberi tekanan tambahan kepada pemain-pemainnya, jadi beliau tidak boleh kekal dengan corak permainan yang sama.

“Dalam saingan kalah mati seperti Piala FA mana-mana pasukan boleh menang atau kalah, sebab itu kami perlu ­lebih bersedia dan waspada dengan ancaman lawan.

“Kalau kita lihat pemain keletihan selepas perlawanan sengit menentang Kedah dan mereka ada dua hari untuk pulih.

“Namun, semua pemain tahu tanggungjawab dan tugas me­reka kepada pasukan untuk kekalkan kecergasan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya