Proses pemulihan positif, buku lali Danial sudah banyak bergerak

Proses pemulihan positif, buku lali Danial sudah banyak bergerak

DANIAL Syahmi Ahmad Shahri menjalani proses pemulihan di gimnasium tiga kali seminggu di Barcelona, Sepanyol. - Ihsan ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan buku lali di Hospital Universiti Quiron Dexeus Barcelona,  dua minggu lalu.

Danial, 21, yang terpaksa berehat sebulan bagi memberi laluan kepada proses pemulihan berkata, buku lalinya kini sudah boleh melakukan banyak pergerakan dan kesakitan yang dialami juga semakin berkurangan.

“Doktor cakap selepas empat minggu saya dah boleh berlumba kembali ke dalam trek.

“Sekarang ini, sudah masuk minggu kedua selepas pembedahan dan saya ada dua minggu lagi untuk pulih,” katanya dalam satu kiriman video dari Sepanyol hari ini.

Danial Syahmi memberitahu, pasukannya memantau rapi proses pemulihan termasuk menyusun jadual untuk menjalani rawatan fisio dan juga latihan di gimnasium.

“Saya menjalani fisio sebanyak tiga kali seminggu, begitu juga dengan latihan di gimnasium, doakan saya segera sembuh dan kembali dengan prestasi lebih mantap dalam perlumbaan akan datang,” ujarnya.

Danial Syahmi yang ditimpa kecederaan sewaktu menjalani latihan menjelang JuniorGP di Estoril, Portugal, awal bulan ini, dijangka kembali berlumba pada pusingan ketiga JuniorGP di Litar Jerez, 4 Jun depan.

Bagi saingan Red Bull MotoGP Rookies pula, Danial Syahmi bakal kembali beraksi di Mugello, Itali 10-11 Jun. – UTUSAN ONLINE

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.