Pearly, Thinaah teruskan langkah ke separuh akhir

Pearly, Thinaah teruskan langkah ke separuh akhir

PEARLY Tan dan M. Thinaah menunjukkan semangat juang tinggi ketika menumpaskan pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota pada suku akhir Masters Malysia di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pearly Tan-M. Thinaah bangkit daripada ketinggalan untuk menceriakan ribuan penyokong negara dengan melangkah ke separuh akhir badminton Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Memiliki rekod pertemuan 1-2 kepada pasangan No. 9 dunia, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dan kalah 13-21 di set pembukaan, beregu wanita utama negara itu mencemaskan penyokong.

Memasuki set kedua, keadaan menjadi lebih mendebarkan apabila Pearly yang tampak keletihan di pertengahan set pertama meminta rawatan di bahagian kaki kanan ketika beregu negara ketinggalan 13-16.

PEARLY Tan dan M. Thinaah menunjukkan semangat juang tinggi ketika menumpaskan pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota pada suku akhir Masters Malysia di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Begitupun, keadaan yang tampak serba tidak menjadi tidak mematahkan semangat mereka untuk bangkit, bermula dengan mengikat kedudukan 16-16.

Pearly-Thinaah akhirnya mendahului permainan 19-18 sebelum meraih kemenangan 21-19 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Fukushima-Hirota menjarakkan kedudukan kepada enam mata di awal set penentuan, namun Pearly-Thinaah bangkit daripada ketinggalan untuk menyamakan kedudukan kepada 6-6 sebelum menghukum kesilapan demi kesilapan yang dilakukan lawan dan menang 31-16.

Pada separuh akhir esok, Pearly-Thinaah akan berdepan pemenang di antara beregu Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong atau pilihan kedua dari Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya