Manchester United kembali ke Liga Juara-Juara

Manchester United kembali ke Liga Juara-Juara

KEMENANGAN 4-1 ke atas Chelsea membolehkan Manchester United mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara.

MANCHESTER: Erik ten Hag berkata, Manchester United kembali ke tempat sepatutnya selepas mengesahkan tiket ke saingan Liga Juara-Juara musim depan dengan membenam Chelsea 4-1 awal pagi tadi.

Jaringan Casemiro, Anthony Martial, Bruno Fernandes serta Marcus Rashford membolehkan Red Devils naik ke tangga ketiga, dan mengesahkan kedudukan empat terbaik ketika liga berbaki satu perlawanan.

Newcastle United di tempat keempat dengan dua mata ditinggalkan United, manakala Liverpool hanya mampu menutup kempen di kedudukan kelima.

Chelsea yang telah berbelanja besar kekal di tangga ke-12 dan mencipta rekod baharu kelab dengan kekalahan ke-16 dalam 38 perlawanan, sekali gua mencatat penamat di bahagian bawah liga utama buat kali pertama dalam tempoh 27 tahun.

Ten Hag mengharungi musim pertama yang cemerlang dengan memastikan kedudukan dalam kelompok empat teratas liga serta menamatkan kemarau trofi selama enam tahun menerusi Piala Liga pada Februari.

United mampu menambah satu lagi trofi bulan depan sekiranya berjaya menewaskan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City pada final Piala FA.

Begitupun, sasaran utama Ten Hag ialah berada dalam kelompok elit Eropah musim depan selepas mengambil alih pasukan yang menamatkan kempen 2021-2022 di tangga keenam. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`