Malaysia mahu balas dendam dalam Piala Raja Thai

Malaysia mahu balas dendam dalam Piala Raja Thai

THAILAND terus menjadi halangan Malaysia untuk memenangi pingat emas dalam sepak takraw Sukan SEA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Kegagalan sepak takraw membutirkan kilauan pingat emas dalam Sukan SEA 2023 tidak melemahkan semangat mereka, sebalik­nya semakin berkobar untuk membalas kekecewaan pada Piala Raja Thai 11 hingga 18 Julai depan.

Skuad sepak takraw negara menutup kempen dengan membawa pulang empat pingat perak dan empat gangsa, namun salah satu regu negara yang dibarisi Azlan Alias, Syahir Rosdi dan Amirul Zazwan Zainal berjaya mencuri mata ketika berdepan Thailand dalam aksi regu berpasukan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Abdul Halim Suleiman memberi ba­yangan Malaysia di landasan terbaik sejak melantik Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih dan pengarah teknikal pasukan untuk memulihkan maruah sepak takraw kebangsaan.

TRIO yang diketuai Syahir Rosdi (tengah) menjanjikan masa depan cerah.

“Saya boleh katakan kita akan menjadi kuasa besar dalam sepak takraw untuk tempoh enam hingga 12 bulan berdasarkan kepada komitmen yang dipamerkan oleh pemain.

“Temasya dwitahunan ini, jurulatih sudah memainkan peranan cukup penting apabila membentuk pasukan dalam tempoh singkat namun mampu memberikan saingan sengit kepada lawan.

“Secara keseluruhan, kita tidak ketinggalan dan ingin saya katakan pasukan Malaysia akan berwajah baharu iaitu pemain sama dikekalkan cuma taktikal dan semangat sudah berubah,” jelas Halim.

Piala Raja Thai edisi lalu me­nyaksikan skuad negara membawa pulang satu pingat emas menerusi acara double (regu dua sepasukan), dan dua gangsa yang hadir menerusi acara regu dan regu berpasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya