Malam paling istimewa – Haaland

Malam paling istimewa – Haaland

ERLING Haaland diberi ‘guard of honour’ daripada rakan-rakan sepasukan selepas mencipta rekod jaringan ke-35 ketika Manchester City menumpaskan West Ham 3-0 di Etihad semalam. – IHSAN MANCHESTER CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Erling Haaland menyifatkan kejayaan muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) sepanjang zaman sebagai malam istimewa, apatah lagi jaringannya membantu Manchester City merampas carta liga.

Penyerang sensasi Norway itu meledak gol ke-35 dalam 31 perlawanan untuk mengatasi rekod dua legenda England, Andy Cole dan Alan Shearer sebagai penjaring terbanyak EPL dalam satu musim.

Cole dan Shearer sebelum ini berkongsi rekod penjaring terbanyak dengan 34 gol yang dilakukan pada musim 1993-1994 serta 1994-1995 – kedua-duanya dalam 42 perlawanan.

Kemenangan ke atas West Ham, yang turut dibantu oleh jaringan Nathan Ake dan Phil Foden meletakkan The Citizens satu mata mengatasi Arsenal, malah memegang kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Haaland, 22, juga mencipta rekod jaringan ke-51 dalam semua pertandingan hanya pada musim pertamanya di Etihad.

 

“Malam dan detik paling istimewa. Sudah tentu saya sangat gembira dan bangga, namun kami tidak akan berhenti daripada terus mencipta peluang serta menghasilkan jaringan dan ia tidak mudah.

“Sebenarnya saya tidak ­terlalu memikirkan tentang rekod, saya mungkin akan berkecamuk (jika terus memikirkan mengenainya).

“Selepas ini, saya akan ­pu­lang ke rumah, bermain permainan video, makan dan kemudian tidur,” kata Haaland.

Sejurus tamat permainan, Haaland diberi guard of ­honour, iaitu perbarisan hormat daripada rakan-rakan sepasukan sempena kejayaan menyamai rekod penjaring terbanyak semusim.

Pengendali City, Pep ­Guardiola berkata, dalam bola sepak perkara istimewa boleh berlaku dan mereka perlu ­meraikannya.

“Kami gembira dengan ­Erling, apatah lagi dia seorang yang mudah untuk bekerja dengan sesiapa pun.

“Semua orang gembira apabila dia bersama kami. Rekod yang dicipta akan diperbaharui pada masa depan, mungkin oleh dia sendiri,” kata ­Guardiola.

City yang berada di landasan mempertahankan kejua­raan Liga Perdana tidak mempu­nyai banyak masa untuk berehat kerana perlu turut ke padang esok untuk menerima ­kunjungan Leeds United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya