Makaf sasar tamat kemarau 12 tahun tanpa emas

Makaf sasar tamat kemarau 12 tahun tanpa emas

NUR AZMI Ahmad bersama skuad karate negara yang bertanding di Sukan SEA Kemboja 2023 di Majlis Rumah Terbuka Aidifitri di Kampung Atap, Ujong Pasir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas akan dibawa pulang skuad karate negara semasa menghadapi temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China yang dijadual berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober ini.

Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, sasaran itu dianggap realistik dalam usaha memecah kebuntuan tanpa sebarang kilauan pingat selama 12 tahun pada tiga temasya sukan berkenaan sebelum ini.

Menurutnya, berdasarkan prestasi atlet karate negara menuai empat emas, dua perak dan lima gangsa pada Sukan SEA Kemboja 2023 berakhir baru-baru ini, ia menunjukkan peluang meraih pingat di Hangzhou adalah cerah.

“Di Kemboja kita sasar tiga emas tetapi atlet raih empat emas adalah satu kejayaan yang menyuntik semangat atlet khususnya menghadapi Sukan Asia di China nanti. Selama 12 tahun kita kemarau sebarang kilauan emas di Sukan Asia dan kali ini Makaf sasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas boleh dibawa pulang dan mungkin lebih daripada itu.

“Melihat kepada prestasi atlet negara di Kemboja, saya tidak menolak kemungkinan ada sinar karate menyumbang emas untuk kontinjen negara di China September ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Atap, Ujong Pasir di sini, semalam.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam; Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Tambah Nur Azmi, Kejohanan Karate Senior Asia Ke-19 dan Kejohanan Para Karate Asia Kedua di Melaka dari 21 hingga 23 Julai ini bakal menjadi pentas utama untuk memilih atlet terbaik bagi membawa cabaran di Hangzhou.

Bagaimanapun katanya, jumlah atlet yang akan dipilih belum diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi Makaf.

“Mereka yang cemerlang di Kejohanan Piala Asia ini akan menjalani latihan selama sebulan di Jepun sebagai persiapan rapi menghadapi Sukan Asia nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya