Liverpool terus hambat MU, Newcastle

Liverpool terus hambat MU, Newcastle

Trent Alexander-Arnold turut meledak gol buat Liverpool.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEICESTER: Liverpool terus memberi tekanan kepada Manchester United dan Newcaslte dalam perebutam empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan Leicester City 3-0 awal pagi tadi.

Dua gol separuh masa pertama daripada Curtis Jones dan sepakan percuma Trent Alexander-Arnold memastikan Reds mengutip 65 mata, satu mata di belakang pasukan tangga keempat, United dan Newcastle yang menghuni tempat ketiga.

Begitupun, United dan Newcastle masing-masing memiliki tiga lagi perlawanan untuk diharungi berbanding Liverpool dengan baki dua saingan.

Bagi Leicester, kekalahan meletakkan mereka di ambang bahaya tersingkir dari Liga Perdana musim depan selepas menduduki tangga kedua tercorot.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp teruja dengan kemenangan yang memastikan pasukannya layak sekurang-kurangnya untuk bersaing dalam Liga Europa musim depan.

“Pemain kami benar-benar menumpukan perhatian kepada perkara yang diperlukan! Kemenangan yang baik, sangat penting untuk kami.

“Saya fikir kami pasti sekurang-kurangnya bermain  dalam Liga Europa tahun depan.

“Sekarang kami mempunyai dua lagi perlawanan sukar. Untuk malam ini, saya sangat gembira,” kata Klopp.

Seterusnya untuk Liverpool ialah Aston Villa yang sedang beraksi, yang akan mereka layan di Anfield sebelum perlawanan terakhir mereka dalam perjalanan ke Southampton yang sudah pun diturunkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya